Bab 4/4

Romance Completed 11030

"Kenanga, baisiswa penuh tak menjanjikan pelajar Malaysia boleh mewah dekat sana. Kadar mata wang sana mahal. Kau cuba pikir rasional jangan ikutkan kata hati kau saja” balas Ah mei yang masih juga mahu menang dengan pergaduhan mereka ini.

Kenanga dengan marah mencapai gelas yang berisi alkohol di atas meja mereka. Ah mei menghalang dengan memegang tangan Kenanga dari meneguk air setan itu. Gelas itu disua ke dalam mulut dengan rakus tanpa menghiraukan larangan kawan baiknya itu.

Ah mei hanya mampu melihat Kenanga meneguk air setan itu. Dia sedar yang orang Islam seperti kenanga dan zila dilarang untuk meminumnya malah orang bukan Islam juga tahu akan keburukkan air ini. Sebelum ini, Kenanga bukanlah seorang yang suka bersosisal jauh lagi ke kelab malam.

Sejak dua tahun lepas kematian keluarganya yang mati disebabkan kebakaran yang berlaku di rumahnya, Kenanga berubah menjadi seorang yang degil, memberontak, suka ponteng kuliah dan yang paling terbaru bersosial ke kelab malam.

Ah mei sangat bimbang dengan perangai Kenanga pada masa ini. Dia bimbang Kenanga akan membahayakan dirinya sendiri dengan terlibat perkara-perkara yang tidak sihat. Berita Fareel yang akan kembali ke Malaysia amatlah disambut baik oleh Ah mei. Pastinya dia tidak berani menunjukkan kegembiraannya terhadap berita itu di depan Kenanga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience