Bab 2/2

Romance Completed 11030

”Fareel, baru balik? kenapa tak nampak ayah dan abang Dayyan pun?” Kenanga cuba berbual dengan Fareel. Dia berharap Fareel tidak mendengar butir-bicara dirinya dengan Ah mei dan Zila. ”Dayyan tak balik minggu nie sebab dia masuk larian amal. Mak cik Sue mana?” tanya Fareel seperti tidak mahu berborak mesra dengan Kenanga.

”Ibu pergi kedai kejap” jawab Kenanga laju. Dia dapat merasakan kemarahan Fareel daripada intonasi suara lelaki itu. Dia tahu Fareel sedang menahan rasa amarah terhadapnya. Fareel yang dia kenali ialah seseorang yang dingin, tidak menunjukkan reaksi dan hanya menjeling tajam kepadanya apabila dia membuat pekara yang nakal. “Maknanya sekarang, takda orang kat rumah la nie?” ujar Fareel penuh makna. Kenanga menahan perasaan gementar di dalam hatinya.

”Apa yang dia nak buat dekat aku. Ibu,ayah cepatlah balik” bisik hati Kenanga. ”Masuk dalam rumah sekarang. Ikut aku!!!!” tengking Fareel kuat sambil bergerak masuk ke dalam rumah. Langkah kaki Kenanga perlahan mengikut Fareel di depan. Pintu bilik dibuka oleh Fareel.

Dia terus masuk tanpa menghiraukan Kenanga yang tidak bergerak masuk ke dalam bilik.”Masuklah, kau tercegat depan pintu tu buat apa” kasar Fareel memerli Kenanga. Kini kakinya berat untuk melangkah ke dalam bilik itu. Ini merupakan kali pertama dia masuk ke dalam bilik Fareel dengan kebenaran. Dia tidak tahu sama ada ini adalah pertanda baik atau sebaliknya.  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience