Bab 1/4

Romance Completed 11030

Lelaki itu mendengar segala butir bicara kenanga dari tadi lagi. ”Bosan lah.Jom kita takutkan Mael dengan baling mercun nie dekat dia nak” ujar Kenanga nakal. Ah mei yang ingin membalas ajakan Kenanga terus diam terpaku apabila menyedari kehadiran lelaki itu. ”Wow, terbaik la Kenanga idea kau. Aku memang lama tak puas hati dengan mael tu sejak dia ejek baju dalam aku”ujar Zila geram.

”Eyhhhh...Aku dengan Zila tak boleh nak ikut kau la Kenanga. Kami nak siapkan kerja sekolah cikgu Murad. Kau bukan tak tahu dia, kalau tak siap mati aku dengan Zila” Ah mei menolak ajakan Kenanga dengan tergesa-gesa. Dia menarik pergelangan tangan Zila untuk balik ke rumah masing-masing.

"Sejak bila kau nie rajin Ah mei. Bukan kita baru kena denda dengan cikgu Murad minggu lepas sebab tak siap kerja dia. Satu lagi, Cikgu Murad mana ada minggu ni.Dia kan amik cuti kecemasan sebab nak teman bini dia balik Kelantan” terang Zila hairan dengan penipuan Ah mei. ”Jom la” gesa Ah mei lagi. Akhirnya Zila baru perasan dengan kehadiran lelaki itu. Dia baru faham dengan situasi sebenar.

”Kenanga, aku sekarang ni dah bertaubat nak belajar sungguh-sungguh tau. Aku nak setaraf dengan orang yang aku suka. Aku dengan Ah mei pergi dulu eyh” Zila meminta izin untuk balik ke rumah. Dia seperti tidak mahu beredar dari situ. Terkenyit-kenyit matanya lagak seperti perempuan kena angau ke arah belakang Kenanga. Ah mei menarik kuat tanggan Zila untuk beredar dari rumah Kenanga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience