Bab 5/3

Romance Completed 11030

"Kau dah balik, rindu aku tak?” tanya Kenanga yang tergelak-gelak dengan soalannya sendiri. Fareel yang berdiri kaku di depan mereka terus menyambut badan Kenanga ke dalam pelukkannya daripada Ah mei.

Dia memeluk erat pinggang Kenanga daripada jatuh. ”Kenapa dia dekat sini? korang yang bawak dia ker? ”Fareel bertanya dengan pandangan mata penuh jijik dengan aktiviti malam mereka.

”Mana ada, kenanga yang selalu ajak kitorang” Zila mempertahankan dirinya dengan menunjukkan muka tidak bersalah. ”Sejak bila dia jadi macam ni?” tanya Fareel yang cuba tidak menunjukkan riak terkejut dengan kenyataan Zila.

”Dia jadi macam ni sejak kejadian kebakaran yang berlaku kepada keluarganya. Dia dah jadi orang lain, selalu bersosial, ponteng kuliah, gagal ujian dan yang terbaru kelab malam” balas Ah mei tanpa berselindung.

Mulut Zila ternganga dengan laporan Ah mei tentang perilaku Kenanga kepada Fareel. ”Kau nak biarkan dia hanyut macam kau sekarang?” tempelak Ah mei yang faham dengan gaya Zila yang tidak setuju dengan laporannya kepada Fareel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience