Bab 4/2

Romance Completed 11030

"Kau masih nak teruskan hidup macam ni? Kau selesa hidup macam ini?” tempelak Ah mei. Mereka bertiga masih berkawan rapat malah ketiga-tiganya berjaya untuk menyambung perlajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang yang berbeza.

Kenanga dan zila menyambung perlajaran dalam bidang perniagaan manakala Ah mei bidang kedoktoran. Mereka tahu Ah mei seorang yang pintar. Setiap kali ujian, Ah mei pasti akan lulus dengan cemerlang walaupun sentiasa bermain dengan Kenanga dan Zila.

Zila dan Kenanga menduduki rumah sewa yang sama cuma Ah mei seorang sahaja yang memilih untuk mendiami kolej. Mereka faham dengan rutin padat pelajar perubatan jadi mereka tidak memaksa Ah mei untuk tinggal bersama mereka.

Kadang-kadang Ah mei akan mengikuti mereka ke kelab malam apabila dia tidak sibuk seperti hari ini. ”Kau tak berhubung dengan Fareel ker?”Ah mei berhati-hati menyebut nama lelaki itu kepada Kenanga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience