Bab 10/2

Romance Completed 11030

”Owh patutlah aku tak ingat” ujar Kenanga yang sudah paham dengan misteri gambar itu. ”Kenapa ambil gambar aku curi-curi” getus hatinya.

”Dekat bawah ni bilik mak cik Sue dan pak cik Rahman” Fareel menyambung cerita tentang rumah ini. ”Bilik ibu dan ayah” kelu lidah Kenanga menyebut tentang Ibu dan ayahnya. ”Bilik Dayyan dekat sebelah bilik kau dan bilik aku bertentangan dengan kau” tambah Fareel melengkapkan cerita.

”Kau dah siapkan bilik mereka semua?” tersentuh hatinya dengan niat baik Fareel. ”Iya Kenanga. Sebab itu aku nak kau tinggal bersama aku. Tiada guna aku tinggal seorang di sini” Fareel cuba berdiplomasi dengan Kenanga tentang tujuannya yang mahu Kenanga tinggal disini.

”Keluarga aku dah takda Fareel. Semua ini tiada makna bagi aku. Aku ada hidup aku sendiri” dalih Kenanga. ”Jangan cakap begitu. Aku masih ada kau. Rumah ini ada makna dengan kau hidup dengan aku” Fareel masih degil untuk memujuk Kenanga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience