Bab12/2

Romance Completed 11030

"Ayah tau pasal kau nak beli rumah ni” ucap Kenanga tidak percaya dengan apa yang didengarnya. ”Dia yang menggalakkan aku beli aset rumah. Rumah ini tak bermakna lagi untuk aku jika kau tak bersama-sama aku.

Arwah mak cik Sue dan pak cik Rahman sudah merestui kita untuk berkahwin sejak dulu lagi. Aku nak kahwin dengan kau sejak dahulu lagi tapi mereka suruh aku tunggu kau habis belajar.

Sekarang mereka dah tiada, izinkanlah aku melangsaikan janji aku untuk menjaga kau buat selama-lamanya. Kenanga, sudikah kau untuk mengahwini aku?” Fahreel bangun daripada tempat duduknya dan melutut untuk malamar Kenanga yang terpaku menangis teresak-esak.

”ibu dan ayah tak pernah cakap dengan aku yang kau mahu kahwin dengan aku” tanya Kenanga teresak-esak dengan tangisan mengenangkan wajah ibu dan ayahnya yang tersenyum bahagia melihat dia berkahwin dengan Fareel.

”Mereka nak kau habis belajar dulu dan mungkin sebab tu mereka tak pernah cerita dekat kau tentang lamaran aku” Fareel meneka. Dia tidak berhenti daripada melutut di depan Kenanga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience