Bab 5/2

Romance Completed 11030

 Ah mei menggeleng perlahan kepalanya seperti mahu menghilangkan lamunannya tentang peristiwa yang lepas.Tiba-tiba dari jauh Ah mei melihat Zila berlari ke arah meja mereka dengan tergesa-gesa seperti orang gila.

Zila seperti mengheret kakinya yang ternyata tidak boleh berlari laju kerana dia memakai kasut tinggi.”Huuuuuuuuhhhhhh....Ke..Kenanga ba baik kau bla sekarang” Zila tergagap-gagap memberi amaran. ”Hahahahaa..wey gagap, cakap betul-betul la” Kenanga tergelak sambil tersedu-sedu.Terkelip-kelip matanya melihat Zila.

”Kenanga kau dah mabuk, shit betul. Aku dah cakap jangan minum” Ah mei menyumpah kerana tidak dapat menahan amarahnya lagi. Zila bertindak aggresif dengan menarik kenanga untuk bangun daripada tempat duduk itu.

”Heiii, nak pergi mana? aku tak nak bangun la” jerit kenanga kepada Zila tanpa menghiraukan orang sekeliling yang tidak terkesan dengan jeritannya. Dia menolak Zila daripada membawanya keluar daripada kelab malam itu.

”Ah mei, cepat tolong aku. Dia ada dalam kelab ni cari Kenanga. Aku nampak dia marah gila” suara Zila terdesak mengharapkan pertolongan Ah mei. ”Dia tu sape Zila” Ah mei bertanya hairan. Dia tetap bangun dari tempat duduknya untuk memapah Kenanga.

”Kenanga” jerit suara garau yang penuh dengan dendam dari belakang Ah mei yang sedang bergelut memapah kenanga. ”Abang Fareeel!!!!” sahut Kenanga gembira. Dia menolak tangan Ah mei yang memapahnya sambil tanggannya terkapai-kapai ke arah Fareel yang memandang Zila dan Ah mei tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience