Bab 8/2

Romance Completed 11030

Tuk...tuk...tuk....bertalu-talu bilik Kenanga diketuk. Sayup kedengaran suara Fareel memanggil nama kenanga untuk bangun dari tidur. ”Bangun Kenanga, cepat mandi. Sarapan aku dah siapkan.

Turun sekarang” jerit Fareel berkali-kali. ”Iya,aku bangun la nie” dengus Kenanga menjawab jeritan Fareel. Bingkai gambar keluarganya diletak kembali di tepi meja lalu bergerak ke bilik mandi.

Selepas mandi, Kenanga membuka pintu almari pakaian untuk mencari baju yang boleh dia pakai untuk hari ini. Almari pakaian itu penuh dengan pakaian perempuan seperti seluar tidur, jean, gaun dan kemeja.

Kenanga memilih seluar sukan biru gelap dengan baju t-shirt lengan pendek berwarna kuning cair bercorakkan bunga besar di dada. Tidak beberapa lama kemudian, Kenanga keluar dari bilik dan menuruni tanngga berpilin itu untuk ke dapur.

Dia termanggu-manggu selepas turun dari tangga itu kerana tidak tahu bahagian dapur di mana. Tanpa bepikir panjang dia bergerak ke belah kanan ruang tamu yang kedua itu. Ternyata pilihannya itu betul. Fareel yang tengah leka membaca suratkabar tidak perasan dengan kehadirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience