Bab 3/1

Romance Completed 11030

”Mentang-mentang aku menumpang rumah kau, sesuka hati jer kau masuk dan ambik barang aku tanpa kebenaran. Kau tak reti hormat privasi orang ker?” tuduh Fareel bertalu-talu. Kenanga tunduk diam seribu bahasa kerana takut dengan Fareel yang begitu berang dengannya.

”Satu perkara lagi. Aku nak ingatkan kau, aku bukan abang kau. Faham!!!” tengking Fareel. Buat pertama kali dalam hidup Kenanga, dia tidak dapat menahan air matanya dari gugur apabila mendengar tengkingan Fareel. Abang Dayyan tidak pernah memarahinya sebegini rupa. Dia juga menangis kerana Fareel enggan untuk menganggapnya sebagai ahli keluaraga sendiri seperti mana dia dengan abang Dayyan.

 Kenanga bangun dari katil dengan tergesa-gesa lalu menolak dada Fareel dengan kuat lalu menjerit “Aku benci kau Fareel!!”. Dia berlari dengan laju keluar dari bilik lelaki muda itu. Fareel yang terkejut dengan tindak balas Kenanga lantas mengusap dadanya yang ditolak kasar oleh Kenanga sebentar tadi.”Leceh betul” desis Fareel di dalam hati sambil matanya mengekori kelibat Kenanga yang berlari keluar daripada biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience