Bab 9/1

Romance Completed 11030

 Fareel yang mesra terus berubah masam seperti tidak senang dengan keputusan Kenanga untuk balik ke rumah sewa kejap lagi. ”Aku ada benda nak bincang dengan kau. Jom ke ruang tamu” Fareel kembali mesra lalu bangun ke ruang tamu.

”Dia ni ada split personality ker. Kejap mesra, kejap marah” Kenanga menggomel sendiri dengan perangai Fareel. Dia juga bangun mengikut Fareel ke ruang tamu. Sampai ke ruang tamu, Fareel sudah duduk di sofa, Kenanga memilih untuk duduk di sofa tunggal itu yang berhadapan dengan Fareel.

Niatnya tergantung apabila Fareel mengarahkan kenanga untuk duduk disebelahnya. Dia teragak-agak pada permulaannya tetapi selepas terlihat pandangan Fareel yang mencabarnya dia terus duduk sebelah Fareel tanpa malu-malu.

Sofa yang lembut itu membuatkan peha dia tersentuh dengan peha Fareel. Dia mengensot sedikit untuk memberi ruang antara dia dan Fareel. ”Aku ada benda nak cadangkan dengan kau” ujar Fareel memulakan perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience