Romance Series 5374

Beberapa hari setelah insiden itu berlalu, tanpa ku duga aku dan Syarizwan dah pun berkawan. Awal nya bermula daripada kak Mas yang tiba tiba datang dan memberikan ku nombor hp Syarizwan..time tu memang dah tak nak dah ambil tahu pasal Syarizwan sebab dah malu habis dek kerana insiden di 'tangkap basah hari tu'. Tapi nak tak nak aku ambil juga no.hp dia tu bukan apa, tapi Icha yang paksa dia cakap simpan jer untuk kenangan.
Aku pun hanya mampu save no. dia kat phone aku tak berani nak contact pun.. namun mungkin ini takdir, penanda nama Syarizwan jatuh kat atas tanah kat tepi laluan keluar dan masuk sekolah,aku pun dengan senang hati kutip penanda nama dia dan simpan sebaik mungkin.
Dan keesokan hari nya,aku terlihat kak Mas dan kawan kawan nya yang lain tengah sibuk mencari sesuatu, aku pun datang dan menyapa kak Mas dan kata nya diaorang sedang mencari penanda nama kawan nya yang telah hilang semalam.
Dan aku pun teringat akan penanda nama yang aku jumpa semalam. Lalu dengan ragu ragu aku bertanya ada kah penanda nama yang hilang itu milik Syarizwan,dan kak Mas pun berkata iya.

Degup jantung ku pun berdetak dengan laju, lalu aku menarik kak Mas menjauh dari kawan kawan nya, dan mengeluarkan penanda nama yang aku jumpa semalam. Dan kak Mas tersenyum, "ohh, nampak nya kau yang jumpa yer. Eh tapi ni kau jumpa ker atau kau curi?" Aku terus melongo terkejut segera aku menafikan "eh, bukan curi lah,zira jumpa semalam kat tepi lorong tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience