Romance Series 5374

Keesokan hari nya, jenazah arwah Zafuan di kebumikan dengan lancar. Alhamdulilah berkat pertolongan Allah swt. Aku mengharapkan dia di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan tenang di alam sana. Walaupun perit dan sukar untuk ku terima,aku terpaksa merelakan kepergian nya. Hanya perasaan sakit dan terluka yang aku rasakan kini. Aku buntu bagaimana harus aku meneruskan hidup tanpa Zafuan, bagaimana dengan nasib Zahra, bagaimana cara nya untuk aku membesarkan nya seorang diri. Arhhh semua persoalan ini terus menerus bermain di fikiran ku.

Sepanjang sebulan lama nya setelah kematian Zafuan, aku berkabung dan menangisi nya tanpa henti namun setelah atok ku datang menziarahi ku dan berpesan agar tidak bersedih dan menangisi arwah kerana itu hanya akan menyeksa arwah dan membuatkan arwah tidak tenang.

Aku akhir nya berhenti menangisi kepergian nya. Namun apabila terlihat sesuatu atau terdengar lagu yang mengingatkan ku kepada arwah Zafuan,aku tak mampu menahan rasa sakit yang aku tanggung dan hanya dengan menangis sahaja yang dapat membuat kan ku tenang selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience