Chap6- Its you

Romance Series 5374

Beberapa tahun sudah berlalu,membuatkan aku terkenang kepada kenangan lalu. Tatkala aku melihat lelaki yang berada di sebelah ku kini,membuat ku berasa bersyukur kerana dicintainya.

Selepas sesi luahan hati Zafuan pada waktu itu, kami berbual panjang dan bagaikan
di jampi, aku menerima nya pada petang itu. Semua nya terjadi secara natural tanpa paksaan atau rayuan..
Status ku pada waktu itu tiba tiba berubah menjadi girlfriend Zafuan sedangkan beberapa puluh minit yang lalu seseorang bertanya pada ku adakah aku mempunyai bf atau tidak dan aku menjawab 'tidak'.. dan Syarizwan sudah pun mengetahui tentang itu bila dia terlihat aku dan Zafuan datang ke sekolah bersama dia bertanya adakah Zafuan itu bf ku dan aku menjawab iya. Dia juga ada berkata "nampak nya saya dah terlambat , kalau tak mungkin awak yg jadi gf saya" entah dia bergurau atau tidak aku pun tak tahu. Akan tetapi aku tidak pernah menyesali keputusan ku menerima untuk Zafuan.

Hari ini aku dan Zafuan pergi ke sekolah bersama, seperti biasa dia akan menunggu aku di hujung lorong rumah ku dan kami akan bersama sama pergi ke bus stop utk menunggu bas. Dalam beberapa tahun ini,kami agak di kenali ramai sebagai pasangan romantik di sekolah. Mana tak nya Zafuan selalu membuat surprise dan layanan nya kepada ku memang sngat romantik membuat ada beberapa mata yang iri.

Setiap perhatian dan layanan yang diberikan oleh Zafuan sangat aku hargai dan aku tau tidak semua lelaki yang akan menyayangi ku seperti mana yang dia lakukan. Dia bahkan mementingkan keselamatan dan keselesaan ku berbanding diri nya sendiri. Dan aku sangat mensyukuri semua itu! Apatah lagi jika aku jatuh sakit di sekolah, dia lah yang akan sediakan makanan untuk ku,memberikan aku ubat. Begitu juga bila aku berada di rumah, dia akan datang ke rumah untuk sekadar menghantar makanan dan minuman untuk ku. Dia bahkan tidak merasa malu untuk ke supermarket bila aku memintanya untuk membeli tuala wanita untuk ku bila aku kehabisan stok hehe. Dan dia juga selalu ada buat ku tatkala susah dan senang. Hatiku selalu berkata "memang kamu lah satu satu nya aku mahu dan lelaki yang ku perlu, its you!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience