Romance Series 5374

Dalam suasana yang agak suram kerana hujan lebat, kami berdua hanya duduk dan membisu. Masing masing tengah larut dalam fikiran yang berkecamuk.
Tiba tiba Zafuan bersuara "baby..bie minta maaf k atas semua yang terjadi ni. Bie dah pun bagitahu papa bie. Sekarang ni diaorang pun tengah runsing dan dah berbincang nak ke rumah baby sekejap lagi."
Aku melongo terkejut. Aku belum bersedia nak menghadap orangtua aku.
Aku takut mereka tak dapat menerima dan halau aku keluar daripada rumah.
Tiba tiba hp ku bergetar tanda ada panggilan masuk dan aku melihat skrin ternyata mama yang menghubungi ku! Aku panik dan menunjukkan hp ku kepada Zafuan. Zafuan mula kelihatan pucat. Dan kemudian giliran hp Zafuan pula yang berdering dan itu no.mama!!
Aku dapat merasa akan terjadi perbalahan besar. Dan sangkaan ku itu benar,kerana setelah mama menghubungi zafuan,papa zafuan pula yang menghubungi nya dan dia menjawab panggilan itu. "Helo pa,hah?!habis tu macam mana? Wan tak boleh pulang sekarang pa. Err.. ok pa" zafuan memghembuskan nafas berat. "Baby,baby kena pulang sekarang k. Keadaan tengah kalut.tadi papa bie dah pergi ke rumah baby dan mama baby mengamuk besar!" Sekali lagi aku melongo. "Nanti bie minta kak nisa hantarkan baby k" tambah nya. Kak Nisa ialah kakak sulung Zafuan. Tidak lama kemudian kak Nisa tiba dan kelihatan nya dia menangis. Dia kemudian datang mendekati ku dan memeluk ku erat dan berkata "zira ok tak? Jangan risau k apa pun yang terjadi kakak akan ada untuk Zira. Akak akan bantu apa yang kak mampu" zafuan hanya terdiam melihat kami berpelukan.
Dan itulah hari yang terakhir aku bertemu dengan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience