Romance Series 5374

Hari ini hari cuti Zafuan dan dia berjanji akan datang menjenguk aku dan zahra. Aku ternanti nanti kedatangan Zafuan sengaja aku tidurkan Zahra dahulu supaya bila kami keluar nanti dia tak merengek nak tidur.

Tak lama kemudian Zafuan datang dan sekali lagi wajah nya kelihatan penat dan agak pucat. Aku bertanya adakah dia ok dan dia menjawab bahwa dia baik baik shaja lalu dia meminta ku untuk bersiap siap.

Aku pun berdandan secara sederhana dan kami pun keluar berjalan jalan. Kami menuju ke salah satu shopping mall untuk menjamu selera. Kemudian kami memutuskan untuk makan di sebuah restoran yang di syorkan oleh kawan Zafuan. Semasa makan, tangan Zafuan yang berisi nasi dan ayam tiba tiba berada di hadapan ku, dia ingin menyuapkan nasi itu kepada ku. Satu
hal yang sudah lama tak di lakukan nya.Aku hanya menuruti kehendak nya sambil aku mengenangkan kenangan lalu.. hehe

Setelah selesai makan,kami pun berjalan jalan sambil melihat lihat. Mata Zafuan tertumpu pada basikal kecil. Lalu dia berkata kepada ku " yang,nanti bie nak belikan Zahra basikal lah. Kalau dah gaji nanti kita pergi beli sama sama k" kini panggilan Zafuan buat ku dah bertukar kepada "ayang" kata nya sesuai sikit bila dah kahwin nanti. Hehe Aku pun membalas kata nya "eh Zahra belum pandai naik basikal lagi lah bie." Zafuan tampak berfikir, "Emm klau macam tu kita beli motor yang ni jelah nanti. Ni automatik ni, zahra boleh naik." Aku hanya mengiyakan sahaja. Hari itu agak pelik kelakuan Zafuan nak semua benda dia belikan untuk Zahra dan aku. Namun aku menolak ketika dia ingin membelikan sesuatu untuk ku kerana aku tau,tarikh Zafuan di bayar gaji lama lagi,aku tak nak nanti dia kering pula. Dia membelikan Zahra baju denim berjenama Polo dan mainan.
Setelah itu kami pulang ke rumah ku dan Zafuan berkata dia ingin berehat sebentar sebelum pulang ke tempat kerja nya. Lalu terlintas di fikiran ku untuk memasak kan lauk untuk nya. Aku meminta nya untuk berehat sebentar di rumah ku dan dia di temani abah dan kakak kakak ku di ruang tamu.

Setelah aku selesai memasak,dia pun meminta diri dan berjanji akan datang menjenguk kami lagi setelah dia menerima gaji nanti. Aku pun hanya mengangguk dan di kucup nya Zahra sebelum pulang. Zafuan kelihatan sangat penat dan pucat.

Sebelum Zafuan pulang ke tempat kerjanya, dia singgah di rumah kedua mereka untuk mengambil baju. Kemudian dia mengatakan pada ku bahwa dia akan pulang ke tempat kerja nya pada esok pagi sahaja kerana dia takut akan terlelap dalam perjalanan itu nanti disebabkan oleh rasa penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience