Romance Series 5374

Aku berjalan kaki dari rumah ku menuju ke rumah Icha,dan melalui gelanggang futsal yang terletak berdekatan dengan rumah Icha. Tiba tiba aku terdengar nama ku di panggil. Tapi aku berpura pura tak mendengari nya kerana aku boleh melihat dengan sekilas pandang ,terdapat ramai manusia di gelanggang tersebut. Kemudian aku mempercepatkan langkah ku tetapi suara yang memanggil nama ku itu kembali kedengaran dan kali ni bukan hanya seorang yang memanggil nama ku tetapi rasa nya lebih dari 5 orang kerana suara itu bergema di kawasan gelanggang. Dengan berat hati aku menoleh, dan wajah pertama yang aku lihat ialah Zafuan.

Aku menghentikan langkah ku dan melambaikan tangan pada Zafuan. Zafuan datang menghampiri ku sambil tersenyum dan bertanya "nak ke mana ni?" Aku menjawab "nak ke rumah Icha,kitorang nak dating" aku dan Zafuan sama sama tertawa.. dan dia berkata "ooh nak dating ker,asal tak ajak aku?aku boleh jer bawa kau keluar dating" (sambil mengernyit mata) "eish tak payah! Terima kasih jelah,nanti Jijie jealous pulak" balas ku. Sengaja aku sebutkan nama Jijie kot kot diaorang nak couple balik ker. Hehe "eh dia tu kan ex aku.bukan nya awek aku lagi.lagipun yang aku ajak dating tu kau!" Katanya.. eh mamat ni dah mula dah bergurau yang bukan bukan. Aku tiba tiba teringat sms Zafuan tengah hari tadi. "Eh wan,tadi kau ada sms aku kan?" Zafuan memandang ku sambil senyum senyum kambing.. "a ah..tak pa kau pergi dating dengan Icha dulu,lepas tu nanti kau sms aku erk,nanti aku pergi jumpa kau. Ok tak?" Aku berfikir sekejap dan mengangguk "okay lah pak cik. Aku gerak dulu ya! Bye!" Balas ku. "Bye hati hati sayang" kata nya perlahan.. aku hanya berpura pura tidak dengar. Dalam hati aku bergumam eish zafuan ni dah kenapa? Datang sewel tak kena tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience