Romance Series 5374

Setibanya kami di gerai mi sup itu,aku melihat kelibat Zafuan yang tampak sedang duduk di salah satu meja bersama seorang rakan nya. Aku dan
Icha menghampiri nya dan dia terus berdiri dn memandang ku tepat ke mata.
Icha yang berada di sebelah ku terus
bergerak ke meja lain dan duduk di sana.
Zafuan akhir nya memulakan sapaan "Hi,duduk lah" sambil tersenyum
"Hi, kau dah lama sampai kah?" Tanyaku
"Tak lah,baru je ni. Kau nak order apa?" tanya nya
"Err..meehoon sup jelah" jawab ku.
"Oh okay. Tunggu kejap k" dan dia juga bertanyakan pada Icha dan memesankan makanan untuk kami.

Setelah menghabiskan makanan dalam bisu, akhir nya aku bertanya "kau ada apa apa nak cakap kat aku kah?"
Dia tampak gementar dan berkata"a ah tapi kejap lagi lah aku cakap k"
Kami pun keluar menuju ke taman berhampiran dengan Icha dan kawan Zafuan yang berada di hadapan kami. Setibanya kami di taman, zafuan memulakan kata nya "zira,ada benda penting yang aku nak cakap,tapi kau jangan marah k"
"Lahh.. apasal pula aku nak marah kat kau.cakap jelah" kata ku
Dia menjawab "confirm k tak marah?" Setelah melihat aku mengangguk, dia meneruskan kata katanya "sebenarnya, aku dah lama simpan perasaan kat kau. Tapi aku tak tau nak cakap macam mana,aku takut kalau aku cakap kau marahkan aku. Aku suka kat kau dari mula kita berkawan lagi"
Aku mencela "maksud kau sebelum kau couple dengan Jijie kah atau selepas tu?"
Dia menjawab "sebenarnya sebelum tu lagi,tapi aku sendiri tak faham apa yang aku rasa hingga lah bila aku tau dalam diam ada kawan aku yang berkenan kat kau. Masa tu aku rasa marah sangat,aku tak bagi kawan aku tu confess kat kau. bila aku fikir balik,baru aku sedar yang sebenar nya aku suka kat kau."
Tapi masa tu aku dah dengan Jijie. Aku dah cuba mengelak dari perasaan aku ni tapi aku tak boleh".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience