Romance Series 5374

Setibanya aku di rumah, aku terus bergegas mandi dan selepas itu aku makan dengan lahap nya kerana waktu rehat di sekolah tadi aku cuma dapat makan sedikit sahaja aku tak sempat nak habiskan makanan sebab sibuk bercerita tentang kejadian pagi tadi dengan Icha,Jijie dan Thira.
Setelah menghabiskan makanan ku, aku mengambil hp dan aku tekan butang On! Secara automatik ada 3 sms yang masuk. Dengan pantas aku buka inbox ku dan mendapati ada 2 sms dari
Zafuan dan Syarizwan.. APAAAA?!!!!! Syarizwan ????????!!! Jantung ku berdegup kuat seakan nak tercabut.

Setelah menenangkan diri seketika, aku membuka sms dari Syarizwan dan isi nya "Hi assalamualaikum. Ni Zira ker?? Saya Syarizwan." Macam tak percaya
juga dia sms. Tapi rasa nya dia cuma
berterima kasih kot pasal tadi. Aku pun terus menaip untuk membalas sms nya. Seperti yang ku duga,dia ingin berterima kasih dan kami pun berSms dengan lamanya. Sehingga kan aku terlupa ada sms daripada Zafuan.
Aku pun membaca isi sms nya yang pertama "Hi assalamualaikum.sorry ganggu" dan yang kedua "kau busy ker? Ada nak cakap dgn kau ni tu pun klau kau tak busy"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience