Romance Series 5374

Julai 2014, majlis pertunangan kami pun berlangsung dengan meriah bak majlis perkahwinan.. hehe apa tak nya rombongan pihak lelaki datang dengan di iringi paluan kompang. Pihak lelaki menghadiahkan 11 buah dulang hantaran dan di balas oleh pihak perempuan sebanyak 13 buah dulang.

Aku duduk tak tenang bila mendengar pengumuman bahwa pihak lelaki dah sampai dan terdengar pula paluan kompang. Mujur ada sepupu sepapat serta kawan kawan baik di samping ku. Kalau tak memang dah lama dah aku pengsan!
"Eh zira! Rileks boleh tak? Dan jangan asyik nak pandang cermin, hilang seri muka tu nanti! " kata Nana sepupu ku.
"Ye lah zira. Rileks je. Tak sangka aku kau dah nak bertunang dengan zafuan kan,panjang jodoh korang" sampuk rara.
Jujur aku sendiri pun memang tak menyangka bahwa hari ini akan tiba juga. Bila mengingat kan masa dulu, memang tak terfikir hubungan kami akan sampai ke tahap ini.
Syukur Alhamdulillah.

Majlis pun bermula dan setelah berbalas dulang hantaran, tiba pula acara menyarungkan cincin pertunangan. Mama Zafuan tersenyum melihat ku lalu menyarungkan cincin di jari manis ku. Dalam hati aku berkata, "terima kasih mama sebab sudi terima aku"

Kemudian tiba masa untuk mengambil gambar, Angah memanggil Zafuan dan meminta nya untuk duduk di atas mini pelamin yang di sediakan. kami berdua duduk atas sofa di mini pelamin dan tentu lah kami duduk berjarak lalu kami pun mengambil gambar sebanyak mungkin untuk di pilih nanti ketika membuat kad jemputan kahwin kelak.

Zafuan hanya tersenyum manis melihat ku dan setelah majlis selesai aku menerima sms dari Zafuan "baby,baby cantik sangat lah hari ni. Rasa tadi macam bie tengah duduk kat tepi bidadari lah pula hehe." Aku membaca sms nya sambil tersenyum lalu aku membalas "eish bie ni mengada ada tau! Bie pun apa kurang nya,handsome sangat bila berbaju melayu.hehe Eh bie jangan lupa jemput zahra kat rumah pengasuh tu ye.kesian dia lama lama kat sana" kemudian Zafuan membalas, "hehe yelah tunang ku,kejap lagi bie nak pergi ambil zahra ni. Nak tunggu mak cik dan pak cik bie balik dulu. Diaorang masih ada kat rumah Bie ni." Dan aku hanya membalas sms nya "okay bie" sebab tengah sibuk gak nak kemas barang barang hantaran kat bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience