Chap11- Cinta sampai Mati

Romance Series 5374

Aku kini menyambung kan pelajaran ku ke peringkat diploma kerana sebelum ini aku tak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ku setelah habis Spm. Mama membantu ku menjaga Zahra dan aku pulang setiap kali cuti semester. Pada awal nya agak payah untuk berpisah dengan Zahra selepas kehilangan arwah Zafuan, zahra hanya mempunyai aku namun terpaksa aku kuat kan hati dan semangat ku demi masa depan ku dan Zahra. Walaupun segala keperluan ku di tanggung oleh abah dan papa arwah Zafuan juga sering memberikan wang belanja untuk Zahra dan juga aku. Tapi aku tak mungkin selama nya ingin bergantung harap kepada mereka. Aku kena ada pekerjaan dan pendapatan ku sendiri untuk aku membesarkan Zahra.

Buat masa ini, yang aku fikir kan hanyalah mengenai masa depan ku dan Zahra. Aku berharap agar hidup kami berdua akan jadi lebih baik lagi selepas ini dan pada masa akan datang. Bila ada yang bertanya adakah aku bersedia untuk menerima orang baru, aku hanya terdiam. Tak ingin rasa nya untuk mencari pengganti arwah Zafuan. Segala apa yang telah kami lalui bersama membuat ku rasa bersyukur kerana pernah merasai segala pengalaman bersama nya dan aku tak ingin melalui pengalaman sebegitu dengan lelaki lain selain arwah Zafuan.

Aku hanya menanti cabaran hidup yang baru dan sedia untuk menjalani nya bersama puteri ku Zahra. Aku yakin setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya yang tertentu. Namun aku tak berhenti berharap agar dipertemukan dengan arwah Zafuan di akhirat kelak bersama anak kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience