Romance Series 5374

Kak Mas ketawa terbahak bahak, dan berkata" kak Mas gurau jelah takkan lah adik sepupu kak Mas nak buat macam tu pula kan. Dah lah bagi kat kak Mas penanda nama tu nak bagi balik kat pemilik dia, atau kau nak pulangkan sendiri kat dia?" Dengan segera aku menolak, eish takkan lah aku nak bersemuka pula dengan Syarizwan tu dan pulangkan penanda nama ,nanti dia ingat aku ni terhegeh hegeh nak kat dia. I pun ada harga diri tau! Gumam ku dalam hati. Tiba tiba 'plak'! Satu tepukan mendarat pada dahi ku.. "woi! Nak mimpi di siang hari nanti nanti jelah, sekarang bagi balik penanda nama tu, kesian diaorang tengah sibuk mencari lagi tu." Perintah kak Mas. Eeish Kacau lah kak Mas ni, orang tengah layan suara kepala otak pun dah kena tepuk dahi bagai.
Di sini bermula nya titik persahabatan antara aku dan Syarizwan. Kak Mas dengan kecoh nya memberitahu kawan kawan nya bahwa penanda nama tu dah jumpa. Syarizwan menghembus nafas lega dan setelah mengetahui aku yang menemui penanda nama nya,dia terus mendekati ku dan mengucapkan terima kasih, seketika aku membeku dan hanya mampu tersenyum. Dan setelah menyedari sesuatu aku meminta diri dan bergegas ke kelas kerana aku sudah terlewat!
Sesampainya aku di kelas, Thira terus bertanya kenapa aku terlambat masuk ke kelas, dan aku hanya menjawab "nanti jelah aku cerita." Aku melihat Zafuan memerhatikan aku sambil tersenyum dan senyuman itu aku balas dengan senyuman paling manis semanis susu pekat dalam tin. Hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience