Romance Series 5374

Tak terasa sudah 6 tahun kami bersama. Cinta ku pada Zafuan makin lama semakin besar. Apa yang menyakinkan ku adalah kerana aku juga merasai cinta dan sayang nya. Terkadang sukar untuk di gambarkan melalui kata kata tapi hanya mampu di rasa.

Tetapi semua nya harus ada batas. Terpulang dari diri kita sendiri samada ingin memilih untuk tidak melewati batas itu atau melangkah jauh dari batas. Dan kadang kala tersalah langkah juga pasti mempertaruhkan perhubungan dengan seseorang itu.

Dek kerana terlalu menyayangi Zafuan dan terlalu dikaburi oleh cinta sehingga tak dapat membezakan betul dan salah akhir nya kami terjebak dalam suatu permasalahan yang besar.

Aku keluar rumah tanpa izin mama. Aku terlalu buntu memikirkan cara untuk memberitahu nya tentang permasalahan ini. Aku mempercepatkan langkah ku sambil menaip sms untuk Zafuan "Bie,baby kat luar ni. Baby tak mampu nak beritahu mama pasal ni. Lidah ni terasa kelu. Apa yg kita kena buat ni bie?" Dengan kepala yang tengah berserabut, aku berjalan tanpa arah. Hingga akhir nya aku bertembung dengan Zafuan. Wajah nya kelihatan risau dan kusut. "Baby!! Kenapa tak angkat phone? Bie risau tau!" Aku hanya tertunduk,aku tak mampu berkata apa apa. Lalu berlinang lah air mata ku seperti air terjun yang mengalir tanpa henti. Zafuan yang melihat ku menangis lantas memeluk ku dengan erat ,sambil berkata "maaf kan bie,tak sepatutnya baby hadapi semua ni. Ni semua salah bie!" Aku semakin menangis terisak isak. Aku buntu dan terlalu takut akan apa yang tengah kami hadapi sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience