Romance Series 5374

Namun kali ni takdir tidak menyebelahiku. Doa ku juga tidak terjawab. Aku hanya mampu menangis dan meratap tubuh Zafuan yang terbaring di katil hospital lebih tepat nya di dalam rumah mayat. Tubuh nya yang tak berdaya penuh dengan kaca dan luka luka yang tak sanggup untuk ku lihat. Aku terduduk di ambang pintu rumah mayat itu. Kami di hampiri seorang anggota polis dan abah bertanya tentang punca kemalangan dan sebagai nya. Sungguh tak pernah terlintas di fikiran ku Zafuan akan pergi dalam keadaan seperti ini. Aku sama sekali tak percaya bahawa dia sudah tiada lagi di dunia ni. Dia meninggalkan aku dan anak kami zahra.

Jenazah arwah Zafuan akan di terbangkan ke daerah di mana kami mula bertemu dan jenazah nya di iringi oleh ku. Oleh kerana semua ahli keluarga nya tiada di sini,aku lah yang menjadi wakil mereka untuk mengiringi jenazah arwah Zafuan pulang ke pangkuan keluarga nya untuk di bawa pulang ke kampung halaman nya untuk di semadikan.

Sesampai kami di sana, kami d sambut oleh keluarga nya. Mama arwah Zafuan menyambut ku dari kapal terbang dan memeluk ku erat sambil air mata kami tak henti henti mengalir dan dia berkata "walau apapun yang terjadi, kamu tetap jadi sebahagian keluarga kami" mendengar kata kata mama itu membuatkan hati ku bertambah sayu.

Kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman arwah Zafuan dan hati ku bertambah sayu. Teringat dahulu dia pernah membawa ku ke sini untuk berkenalan dengan ahli keluarga nya. Kini giliran aku pula yang membawa nya ke sini namun hanya jasad nya yang dapat aku bawa.

Suasana rumah di kampung agak suram dan sayu. Hanya terdengar bacaan yaasin dan tangisan yang sayu dan perlahan. Beberapa ahli keluarga mengucapkan takziah kepada ku ,tak mampu aku berkata hanya terdiam membisu. Otak ku masih berfikir dan tertanya tanya "adakah semua ni benar benar berlaku atau hanya mimpi?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience