Chap4- Hai awak!

Romance Series 5374

Setelah menghabiskan sisa minuman kami, Jijie pun meminta diri kerana mama nya baru sahaja menghubungi nya meminta nya untuk pulang ke rumah. Tinggal lah aku,icha,thira dan amalina . Kami memutuskan untuk kembali ke rumah icha untuk berbincang sedikit mengenai plan kami esok. Dalam perjalanan pulang ke rumah icha, Udin rakan sekelas kami memanggil aku dengan bersemangat nya. "Ziraaaaa! Tunggu kejap woi!!! Si Wan tu panggil kau lah. Dari tadi aku panggil kau buat tak tahu je." Kata Udin. "Eh, biar betul kau ni. Aku tak dengar pun suara orang panggil nama aku. Lagi satu, apa hal zafuan panggil? Kau suruh lah dia pergi sini, aku malas nak ke sana." Balas aku. Eish tak kan lah aku nak ke tempat dia kot, yang nak jumpa tu dia ,dia lah yang patut nya datang kat aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience