Chap7-LDR

Romance Series 5374

Setelah insiden perbalahan dan penuh kekecewaan antara kedua keluarga. Akhirnya kedua dua ibubapa kami menerima takdir ini.
Aku dan keluarga ku berpindah ke tempat lain kerana tak menginginkan aku bersemuka dengan sesiapa yang aku kenali. Sebagai hukuman,aku di larang menggunakan hp ku dalam erti kata yang lain aku di larang untuk berhubung dengan Zafuan.

Aku melalui hari hari ku dengan penuh tekanan dan cabaran. Hari ni aku harus ke klinik untuk checkup bulanan. Ini lah rutin baharu ku dan harus ku lalui. Terkadang ada yang bertanya ,"datang checkup sendiri je kah? Suami tak teman?" Aku hanya menggeleng dan tertunduk malu. "Kalau lah diaorang tau yang sebenar nya,gumam ku dalam hati.

Hari ni aku senyap senyap menghantar sms kepada Zafuan. Bukan nya aku ingin ingkar perintah abah dan mama. Tapi aku hanya ingin memberitahu nya sesuatu yang amat penting "assalamualaikum bie. Ni baby..nak bagitahu je "baby girl" Bie tak yah reply erk & faham faham jelah sendiri. K bye"

Di sana Zafuan terlihat terkejut membaca sms yang di terima nya lalu berasa syukur kerana keadaan kami berdua baik baik shja dan dia sangat gembira akan berita yang ku sampaikan. Jauh dalam hati nya dia merasa sesal kerana keadaan yang dia ingin kan tak menjadi seperti yang di kehendaki.

Abah dan papa Zafuan sering berhubung untuk bertanya kan khabar ku dan abah selalu meng 'update' kan perkembangan kesihatan ku kepada mereka. Aku bersyukur kerana di kelilingi keluarga yang menyayangi.. jauh di sudut hati ku,aku sangat menyesali semua yang terjadi dan ingin rasa nya aku perbetulkan semua kesalahan ini.
Ingin rasa nya aku berkongsi kepada semua gadis di dunia ini dengan segala keperitan yang aku tanggung untuk dijadikan pengajaran bagi semua agar tidak terjebak ke dalam kesalahan ini. Ia nya sangat sukar untuk di gambarkan tapi bagi mereka yang pernah melalui aku pasti mereka juga merasa kan keperitan yang sama seperti yang aku lalui hanya saja aku beruntung kerana masih di sayangi dan di kelilingi keluarga yang senantiasa ada untuk ku. Dan keluarga Zafuan yang sanggup menerima ku.

Zafuan ada berkata pada ku semasa kami masih berhubung, katanya "baby jaga kesihatan k dan ingat kena makan tau! Dan jangan stress. Bie akan sentiasa doakan yang terbaik untuk baby dan akan setia menunggu baby sampai kita di pertemukan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience