Romance Series 5374

Keesokan hari nya,aku menunggu sms dan panggilan dari Zafuan. "Eh dah jam 7.30 pagi ni kenapa dia langsung tak kol aku" gumam ku dalam hati. Hmm bukannya aku tak nak call atau hubungi dia dulu tapi kredit aku dah habis lah pula. Aku meneruskan rutin ku seperti biasa menguruskan Zahra. Dalam hati ni dah marah dah dengan Zafuan kenapa dia langsung tak da hubungi aku dah jam 10 lebih pun masih tak ada khabar.

Tiba tiba hp ku berbunyi menandakan ada panggilan masuk, dengan pantas aku mencapai nya dan terlihat di skrin hp "kak Nisa" eh ada apa kak Nisa call ni,mungkin nak tanya pasal persediaan kahwin aku dan Zafuan. Memang sekarang ni kitorang dah mula bincang pasal majlis perkahwinan kami yang akan berlangsung tak lama lagi. Dengan pantas aku menekan button 'answer' "helo kak, ada apa call?" Suara kak Nisa kedengaran menangis di sana. Jantung ku berdegup tak tentu arah. Ada apa masalah lagi ni? Hati ku bergumam.
"Ra, kakak nak bagitahu ni yang Zafuan, Zafuan accident ra!" Hah??!!! Waktu itu hanya Tuhan yang tahu perasaan ku. Betapa terkejut nya aku mendengar berita itu padahal semalam kami baru bertemu dan meluangkan masa bersama. Dia sempat memuji makanan yang aku masak. Kata nya dia nak aku masak kan lagi dan dia paling suka sambal belacan yang aku buat. Hampir pengsan aku di buat nya apabila di khabar kan bahawa dia accident dan telah meninggal.

Dengan bergegas aku memberitahu abah ku dan meminta nya untuk menghantarkan aku ke hospital yang kak Nisa katakan. Air mata ku terus menerus mengalir sambil hati ku tak putus putus berdoa agar nyawa Zafuan di panjangkan, agar dia terselamat dan kami dapat meneruskan perancangan kami untuk bersatu secara sah dan halal.

Ya Allah,panjangkan lah usia Zafuan dan selamatkan lah dia ya Allah. Berikan lah keampunan buat nya. Jangan lah Engkau mengambil nya daripada kami ya Allah. Aku sangat memerlukan nya, anak ku juga memerlukan nya. berikan lah kesempatan buat ku dan Zafuan untuk menjadi pasangan yang sah di dunia ini ya Allah,berikan kami peluang untuk jadi ibubapa yang baik kepada anak kami yang masih lagi kecil dan memerlukan kasih sayang kami. Aku memohon pada mu ya Allah bantu lah hamba mu yang lemah lagi hina ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience