Chap10-Hati ku milik mu

Romance Series 5374

Sudah 3 tahun berlalu setelah kematian arwah Zafuan. Aku kini dapat menerima kepergian nya dengan redha akan ketentuan takdir. Takdir lah yang telah mempertemukam ku dengan Zafuan dan kerana takdir juga lah kami berpisah namun aku bersyukur kerana perpisahan kami bukan kerana benci atau pengkhianatan tapi kerana kematian.

Memang tak mudah untuk melalui nya kerana kita tak dapat nak menatap wajah nya ketika kita rindu, dan kita juga tak mampu mendengar suara nya lagi. Berbeza bagi mereka yang berpisah bukan di sebabkan kematian,walaupun mungkin ada rasa benci, setidak nya mereka masih boleh melihat orang yang merek sayangi dan aku tau hanya dengan melihat wajah mereka dan melihat mereka dalam keadaan baik baik shaja membuatkan kita lega dan dapat menghilangkan rindu.

Berbeza bagi aku,aku hanya mampu menghantar kan doa kepada nya tanpa henti. Jika ada rezeki lebih, aku akan menghantarkan sedekah ke masjid sebagai hadiah ku kepada nya. Aku berharap agar semua doa dan sedekah aku ini di terima Allah dan sampai kepada arwah Zafuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience