Romance Series 5374

Aku melahap mangkuk meehoon sup ku
dengan berselera sekali. Betul kata Icha sup di sini memang sedap! Tip top lah! Harga pun murah sangat. Setelah selesai makan,aku dan Icha bergosip tentang pasangan baru di sekolah.hehe aku teringat tentang janji ku dengan Zafuan tadi untuk menemui nya dan aku memberitahu Icha serta mengajak nya untuk menemani ku . Tiba tiba aku rasa takut untuk menemui Zafuan sendirian apabila teringat kata kata nya yang agak mengada ada tu tadi. Icha hanya ter bahak bahak apabila mendengar cerita ku tadi.
Eish dia ni tak tahu kah yang aku tengah serius ni! Sikap Zafuan tu memang pelik bagi aku kerana selama kami berkawan sebelum ni belum pernah lagi dia buat perangai macam tu. Kalau bergurau tu memang lah ada tapi tadi tu eisshh! Tak nak lah aku ingat balik.
"Zira,kau tak payah lah nak ambil serius sangat kata kata Zafuan tu. Macam lah kau tak tahu,dia tu kan kalau dengan kau memang suka merapu." Kata Icha
"Hmm.. ya cha aku tahu tu tapi malas lah nak layan gurauan dia tu. Tak lawak pun" kata ku.
"Manalah tahu dia kot kot suka kat kau, haa kan elok tu, korang pun serasi apa" tambah Icha. Hm dah mula dah Icha dengan kata kata mengarut dia tu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience