Chap9- Goodnight sayang

Romance Series 5374

Hari demi hari berlalu aku dan Zafuan melalui hari hari kami dengan ber status kan tunangan. Tapi kali ini kami jarang bertemu kerana Zafuan kini berkerja di luar kawasan, namun setiap kali hari cuti, dia pasti akan datang menjenguk ku dan zahra. Kami akan keluar berjalan jalan dan menghabiskan masa singkat yang Zafuan ada. Kadang dia kelihatan kelelahan namun tak pernah dia mengadu ataupun enggan bertemu kerana penat.

Mungkin Kerana dia memahami apa yang aku lalui setiap hari menjaga dan membesarkan zahra sendirian. Memang aku akui pada awalnya terasa sukar ditambah lagi aku tak mempunyai sebarang pengalaman namun lama kelamaan aku sudah terbiasa dan segala nya telah menjadi rutin harian ku. Penat memang dah tentu tapi aku ingin kan yang terbaik untuk zahra dan bermakna aku harus lupakan segala rasa penat lelah ku itu demi zahra yang tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience