BAB 9

Drama Completed 447

Bunyi enjin kereta milik Izzue kedengaran sudah di halaman rumahnya.
Enjin dimatikan dan mereka berdua terus turun dari kereta dengan beg
plastik yang mungkin berisi makanan. Anis membawa beg sandang Izzue
turun dari kereta seperti yang disuruh oleh bosnya itu. Izzue sempat
mengerling jam tangannya yang menunjukkan jam empat petang.

Lepas ni bolehlah mereka terus makan. Nasib baik tadi sudah solat di
tempat latihan. Izzue mengeluarkan kunci rumahnya. Di ruang tamu jelas
kelihatan Auni sedang tidur memeluk kusyen sofa yang masih kemas dengan
tudung. Izzue mencapai alat kawalan jauh yang dipegang oleh Auni. Tv
terus ditutup.

“Assalamualaikum!”Anis meninggikan suaranya sedikit sebaik memasuki
rumah itu.

Izzue meletakkan jarinya di mulut. Tanda menyuruh Anis diam kerana takut
menggangu tidur Auni. Kalau dia melihat rumah itu, seperti sudah
dikemas. Lantai juga sudah bersih. Pasti Auni yang membersihkan semua
ni. Siapa lagi yang tinggal di rumahnya selain Auni semasa di keluar
tadi. Tertidur akibat penatlah kot.

“Opss, sorry. Abang, Anis pergi sediakan nasi ayam ni kejap tau. Abang
kalau nak mandi dulu pergilah,”Anis separuh berbisik.

Izzue hanya mengganguk. Dia membiarkan Auni tidur dulu. Karang kalau
mahu makan baru mengejutkannya. Izzue melangkah naik ke biliknya. Anis
pula menyediakan nasi ayam yang dibeli mereka di kedai dekat dengan
kawasan rumah itu.

Nasi ayam sudah tersedia di atas meja. Sekarang hanya perlu mengambil
sudu dan garpu. Tangan Anis terlepas satu garpu yang menyebabkan Auni
terbangun dari tidurnya. Auni menggosok mukanya lalu melangkah ke arah Anis.

“Bila kamu balik? Abang Izzue mana?”Auni duduk di kerusi meja makan itu.
Lega dia kerana melihat makanan sudah tersedia di atas meja. Tak
payahlah dia susah susah nak fikir apa yang perlu dia masak.

“Baru aje. Puas tidur?”Anis mengambil garpu baru.

“Puas gila. Aku mimpi Abang Izzue. Ha ha ha. Eh, kamu masak yek?”tangan
Auni ditampar kecil oleh Anis kerana dia mahu mencubit ayam.

“ Memang taklah. Aku masak? Sorry... nasi goreng bolehlah. Tangan tak
basuh, muka tak cuci nak terus makan. Dah, pergi naik dulu cuci muka
tu,”bebel Anis. Auni hanya mengejek kata katanya.

Auni bangun dan terus naik ke atas untuk mencuci mukanya dulu. Baru dia
ingat, dia belum solat lagi. Dia mempercepatkan langkahnya lagi takut
terlepas waktu zuhur. Sedang Auni menaiki tangga, Izzue pula turun.
Mereka bertembung di tangga itu.

“Hai,”sapa Izzue.

“Hai, bye,”Auni terus masuk ke biliknya.

Izzue hanya membiarkannya saja. Dia turun ke bawah untuk mengisi perut
yang kosong. Tapi, kena tunggu Auni dululah. Nanti, merajuk pula dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience