BAB 4

Drama Completed 444

“Auni, nak link keek yang kamu cakap dia comel tu,”minta Anis pada Auni.

Auni terdiam seketika. Beberapa saat dia memulakan bicaranya. “Tengok
kat interaction,” Balas Auni ringkas.

Anis mengganguk tanda faham. Dia menekan butang ‘Interaction’. Hampir
mahu menjerit saja dia melihat satu tweet yang datang dari Izzue Islam
buatnya. Dia menggosok matanya ibarat tidak percaya apa yang baru dia lihat.

Dalam tweet itu Izzue meyuruh Anis supaya memberikan nombor telefonnya.
Anis memanggil Auni supaya menghampirinya. Auni akur.

“Apa?”tanya Auni.

“Izzue... dia mintak aku nombor telefonlah. Kau percaya tak, tengok ni.
Nak bagi tak yek?”Anis ragu ragu.

“Eh, bagilah. Ceh, dia minat kat kamu ke? Jealous more,”sempat lagi Auni
bergurau.

Anis menuruti saja cadangan Auni. Beberapa minit kemudian telefon Anis
berbunyi. Nombor itu benar benar asing. Jangan jangan artis kesayangnnya
itu yang menelefonnya. Anis menjawab panggilan itu. Dia membuat /loud
speaker/.

“Hello...,”baru saja Anis menyapa, orang yang menelefonnya pantas memotong.

“Hello, awak Cik Manager itu kan. Saya nak mulai saat ini awak jadi
manager saya. Dan, bagi tahu bos awak yang awak berhenti. Nanti saya
ambil awak. Alamat awak apa?”laju saja lelaki itu berbicara.

“Tapi saya...,”lagi sekali lelaki itu memotong percakapannya.

“Tak ada tapi tapi. Saya boleh bayar dua kali ganda. Oh, lupa. Saya
Izzue, awak kenal kan. Mestilah kenal, awaklah yang selalu tweet saya
tu,”dia yang tanya, dia juga yang jawab.

Anis terus memberitahu alamatnya. Tetapi Anis masih ragu ragu. Apa betul
yang meneleonnya Izzue Islam, artis kesukaannya itu.

“Ok, nanti saya datang ambil awak,”ujar Izzue.

“Sekejap... boleh saya ajak kawan saya sekali tak,”soal Anis. Ke mana
dia pergi, Auni harus ada seboleh bolehnya.

“Kalau dia pandai masak, boleh. Ok, bye,”Izzue meletakkan telefonnya.

Anis dan Auni terus menjerit seboleh mungkin. Mereka saling mencubit
pipi masing masing. Masih tidak percaya dengan apa yang baru berlaku.

“Anis, tapi... aku rasa dia salah fahamlah. Dia ingat kamu dah kerja kot
sebagai manager. Tapi... kamu kan baru tingkatan 2. Habis tu macam
mana?”Auni membuatkan kegembiraan Anis terhenti.

“Aku nak bagi tau dia tadi, tapi dia terus potong apa yang aku cakap.
Tak apa, nanti kita cakaplah kat dia. Sekarang tolong aku kemas
baju,”Anis menarik Auni ke almari pakaiannya.

Auni mematikan langkahnya. “Sekejap, opah kamu bagi ke? Mak aku lagilah
tak bagi,”satu lagi masalah muncul.

“Betul juga tu. Hah, nanti aku cuba pujuk Kak Fara. Opah tu Kak Fara
boleh tipu dia kot. Cakaplah kat mak kamu yang kamu ikut aku pergi rumah
sedara aku kat KL,”cadang Anis.

“Aku tak berani tipu mak aku. Taknaklah weh,”bantah Auni.

“Tak apa, biar aku yang cakap. Ini demi kebaikan. Takkan aku pergi sana
sorang sorang kot. balik nanti, kita bagi tau hal sebenar. Aku yang
tanggung semua tu, aku janji,”Anis benar benar yakin dengan katanya itu.

Auni melangkah dari situ. Anis menghalang langkahnya.

“Kamu nak pergi mana?”Anis memandang tepat wajah sahabatnya itu.

“Nak tolong kamu kemas bajulah. Kita pergi yek? Ini kan memang impian
kita dari dulu,”Anis tersenyum kembali.

Auni dipeluknya sekejap. Mereka menuju ke almari pakaian. Sekarang,
hanya perlu mengemas pakaian Anis saja. Pakaian Auni sudah tersusun
kemas dalam beg. Dan, Anis perlu memujuk kakak sedaranya itu, Fara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience