BAB 12

Drama Completed 520

Izzue membaringkan dirinya di atas sofa sambil menonton teleisyen yang
sedang menayangkan cerita Bunga Merah Punya di tv9. Mentang mentanglah
dia berlakon dalam cerita itu sebagai watak utama dan digandingkan
dengan Sharifah Sakinah. Auni yang bersila di atas karpet itu hanya
tergelak apabila bahagian drama yang membuatkan hatinya seronok.

Anis yang di sebelah pun turut begitu. Dia bangun berlalu ke dapur untuk
meneguk segelas air kosong kerana tekaknya yang semakin kering. Auni
meletakkan dagunya pada meja kopi. Ngantuklah pulak malam ni. Tapi dia
tak boleh tidur lagi kerana belum menunaikan solat isyak. Cerita yang
ditengokkannya pun belum habis lagi. Kacau pula iklan ni.

Auni baru saja mahu memejamkan matanya. Bunyi cawan jatuh mengejutkan
dirinya dan Izzue. Mereka berdua terus lari ke arah dapur. Terkejut
mereka melihat Anis yang terduduk di lantai sambil memegang kepalanya.
Auni menghampiri Anis.

“Anis, kenapa ni. kita pergi klinik yek? Auni, tolong papah
dia...,”Izzue segera menutup suis tv dan kipas. Lampu dibiarkan saja
terbuka.

Auni memapah Anis yang separuh lemah itu masuk ke dalam kereta. Kepala
Anis dibiarkan lentok pada bahunya. Izzue memulakan pemanduannya ke
klinik. Sampai di klinik Izzue terus mendaftarkan nama Anis. Tiba
giliran Anis, mereka berdua turut masuk berjumpa dengan doktor.

Doktor mengesahkan Anis hanya demam sedikit. Kalau lambat dibawa ke
klinik mungkin suhu badan Anis akan meningkat. Doktor menyuruh agar Anis
memakan ubat di situ dulu takut nanti demamnya lebih panas. Segala ubat
dibayar oleh Izzue. Mereka bertiga terus bertolak ke rumah kembali.

“Elok elok bawa Anis tu,”pesan Izzue pada Auni yang memapah Anis menaiki
tangga untuk ke bilik.

Sampai di bilik, Auni membaringkan Anis atas tilam. Dia meninggalkan
Anis sekejap untuk turun ke bawah untuk mengambil air kosong yang
diminta oleh Anis. Sampai di dapur Auni melihat Izzue sedang memanaskan
kuali.

“Abang nak masak apa,”Auni mencapai mug lalu dia menuang air kosong ke
dalamnya.

“Roti telur... tiba tiba pula lapar,”Izzue juga menuangkan air kosong ke
dalam mug lalu diteguk air itu.

“Oh, boleh masak sendiri kan? Sebab Auni nak jaga Anis. Air ni pun dia
yang mintak,”Auni sempat mengambil kek cawan yang dibeli oleh mereka
semalam di pusat membeli belah.

“Boleh, roti telur aje pun. Dah, naik cepat. Kesian Anis tu, kering
tekak dia nanti,”bebel Izzue.

“Ok, bye. Selamat malam. Erm, abang... terima kasih bawa Anis pergi
klinik tadi,”Auni melemparkan senyumannya.

Izzue membalas senyuman itu. Auni terus membawa air kosong itu ke tangga
untuk diberi pada Anis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience