BAB 11

Drama Completed 520

Anis dan Auni pergi ke tempat yang menjual jam tangan. Mereka melihat
pelbagai jam tangan yang dijual di situ dengan jenama dan corak yang
berlainan. Auni dan Anis serentak memandang ke arah jam tangan ICE di
situ. Mereka menyuruh agar pekerja di situ mengambil jam itu untuk dicuba.

Izzue yang tadinya hanya melihat jam jam yang lain terus mendekati
mereka. Dia mempamerkan senyumannya pada gadis Melayu yang bekerja di
situ. Mahu pengsan dibuatnya melihat senyuman Izzue yang mencairkan hati.

Anis dan Auni masing masing mencuba jam tangan Ice yang bersaiz seperti
jam tangan G-Shock. Mereka memang tidak suka memakai jam yang seperti
perempuan sangat. Entah kenapalah itu memang sifat semula jadi mereka.

“Nak ke jam ni?” soal Izzue membuatkan Anis dan Auni saling berpandangan
sekejap.

“Bo... boleh ke? Kami nak cuba aje...,”balas Anis malu malu.

“Abang tau kamu nak kan? Janganlah segan macam tu. Kalau nak, cakap nak.
Cik, bagi jam macam ni juga lagi satu. Yang warna biru tu...,”Izzue
menunjuk ke arah jam tangan Ice yang bewarna biru.

Gadis Melayu itu menyerahkan jam tangan tersebut kepada Izzue. Izzue
mencapai dan terus memakai jam itu. Dia mengangguk anggukkan saja
kepalanya. Mungkin rasa sesuai memakai jam itu. Dia mengeluarkan beg
dompetnya dari poket seluar. Wang yang bernilai seratus ringgit dihulur
kepada gadis itu.

“Nah, kira semua jam ni,”Anis dan Auni sekali lagi berpandangan.

“Abang, kami bayar sendirilah...,”segan pula Auni dengan Izzue. Anis
sekadar menganggukan kepalanya saja tanda menyokong apa yang Auni kata.

Izzue mangambil baki daripada gadis itu. Dia hanya mempamerkan senyuman
dan berlalu keluar dari kedai jam itu. Auni dan Anis mengikuti
langkahnya. Izzue melangkah kakinya ke kedai baju yang berdeketan situ
juga. Kedai itu menjual pelbagai jenis t-shirt.

“Abang nak beli baju ke?”tanya Anis memecah suasana kembali.

“Bukan abang, tapi kita bertiga. Erm... hah, yang ni okey kan?”Izzue
mencapai baju itu lalu ditunjukkan kepada mereka berdua.

“Baju ni. Tapi kat baju ni tulis ‘We Are Friend’. Takkanlah...,”Anis
tidak sempat menghabiskan katanya.

“Ya, kita kawan. Kenapa, ingat umur jauh macam ni tak boleh nak kawan
ke? Cari saiz yang sesuai dan jangan risau, semua abang belanja.
Okey?”Anis dan Auni menuruti saja Izzue.

Selepas itu, mereka hanya berjalan jalan saja di pusat membeli belah
itu. Mereka terus pulang kerana hari yang semakin petang. Terlupa pula
yang mereka belum solat zuhur lagi.

**********

Langit malam yang gelap sungguh cantik apabila ditaburi dengan bintang
bintang yang berkelip. Anis dan Auni menyarungkan telekung mereka sebaik
saja mengambil wuduk. Baru saja mereka mahu mengangkat takbir untuk
menunaikan solat isyak. Bunyi petikan gitar dari bilik Izzue
memberhentikan mereka.

Anis mengeluh kecil lalu terus bergerak ke bilik Izzue. Auni mengikuti
langkahnya. Anis mengetuk pintu itu banyak kali barulah terbuka kerana
bunyi gitar yang dimainkan oleh Izzue yang boleh tahan kuat. Izzue yang
memakai seluar pendek takat lutut dan t-shirt itu terus keluar dari bilik.

“Abang, boleh tak lepas kami solat sambung main gitar tu.
Ganggulah,”lembut Anis menegur. Takkan nak tengking pula.

“Oppss, sorry. Erm, nak solat ke?”Anis dan Auni mengangguk.

“Lima minit,”ujar Izzue dan dia terus masuk kembali ke biliknya.

Lima minit kemudian Izzue keluar dengan berpakaian baju berlenggan
panjang dan kain pelikat serta lebai di kepalanya. Ternganga sekejap
Anis dan Auni kerana melihat ketampanan Izzue apabila berpakaian begitu.
Cair!

“Ambil sejadah korang. Kita solat kat sini ajelah. Biar abang jadi
imam,”Izzue membentangkan sejadahnya di ruang kecil di tingkat dua itu.

Rasa seperti mahu menjerit jerit saja mereka berdua mendengar yang Izzue
mahu mengimamkan mereka. Mereka mula mengangkat takbir mengikut imam, Izzue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience