BAB 13

Drama Completed 444

Izzue kelam kabut memakai butang baju Melayu. Kain pelekat pun senget
benget diikatnya. Dah nak dekat mula khutbah solat jumaat. Laju dia
menuruni anak tangga. Anis mahu tergelak saja melihat Izzue yang terburu
buru itu. Kelakar!

Anis yang asyik menonton televisyen terganggu kerana Izzue yang bising
mencari songkoknya. Anis bangun untuk membantu mencari. Terpaksalah juga
walaupun badannya masih belum reda dari demam. Dia naik ke bilik Izzue.
Izzue pula mencari songkoknya itu di bawah. Mahu terhambur tawa Anis
apabila menjumpai songkok itu hanya berada di atas almari buku. Dia
pantas berlari ke bawah untuk mendapatkan Izzue.

“Dahlah, tak payah pakai songkok,”Izzue melangkah keluar rumahnya.

“Eh, abang. Dah jumpa. Meh,”Anis memakaikan songkok itu dikepala Izzue.
Tetapi senget kerana dia hanya sekadar meletakkan songkok itu dikepala
Izzue.

“Ok, terima kasih. Bye, Assalamualaikum,”Izzue membetulkan songkok yang
senget itu.

“Abang, ni pakaian abang Auni dah gosokkan tadi. Lepas solat karang
terus practise kan?”Izzue hanya mengganguk.

Dia mencapai beg itu dari Anis. Tangannya melambai ke arah Anis. Anis
melambai kembali. Pintu rumah ditutup oleh Anis sebaik asap kereta Izzue
saja yang tinggal di kawasan rumah itu. Senyuman Anis tidak lekang
mengingatkan hal yang baru berlaku sekejap ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience