BAB 7

Drama Completed 444

Anis dan Auni menyediakan nasi goreng saja pagi ini. Mereka buntu mahu
masak apa buat majikannya itu. Entah apa yang dia suka pun mereka tidak
tahu. Mereka hanyalah tau yang Izzue itu masih bujang orangnya. Tak tahu
pula kalau dah berpunya tanpa pengetahuan mereka.

Anis membantu Auni membancuh teh tarik. Jadilah juga pagi pagi begini
minum air itu. Kelibat Izzue masih tidak kelihatan oleh mereka. Tak
bangun lagi kot. Teka Anis. Baru saja terfikir tentang Izzue, kan dah
muncul.

“Morning,”ucap Izzue.

“Assalamualaikum,morning,”serentak Anis dan Auni bicara.

“Waalaikumussalam. He he he. Erm,kenapa korang pakai tudung dalam
rumah?”Izzue mengarukan kepalanya sedikit. Malu pula dengan mereka.

“Abang kan bukan muhrim kita orang so... aurat,”balas Auni terus
mempamerkan gigi arnabnya.

Izzue hanya mengganguk dan dia tersenyum melihat nasi goreng yang
dimasak oleh Anis dan Auni. Bau sudah sedap. Dia menceduk satu setengah
senduk nasi goreng itu. Dia mula menyuap suapan pertama.

“Erm,sedap. Auni masak ke Anis?”tau nasi ada dalam mulut mahu bertanya
pula dia ni.

“Dua dua,”pantas Anis membalas. Dia menghulurkan secawan teh tarik
kepada Izzue.

Mereka bertiga menikmati sarapan itu dengan penuh selera. Selepas
selesai sarapan, Auni dan Anis melepak di hadapan tv melayan kartun
kartun yang disiarkan.

Izzue menuruni tangga dengan dua helai kertas. Dia menuju ke arah Anis
dan Auni. Dia menghempaskan duduknya di sofa bujang. Anis dan Auni yang
bersila di atas karpet sedikit terkejut dengan kedatangan Izzue.

“Apa ni abang?”tanya Anis.

“Kertas ni ambil sorang satu. Abang nak kamu isi biodata kamu. Sekejap
aje isi tu, nah pen,”Izzue menghulurkan dua batang pen kepada mereka.

Dia situ perlu diisi ialah nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir,
makanan kegemaran, minuman kegemaran,dan banyak lagi. Mereka mengisi
saja borang itu tanpa banyak mulut.

Kertas itu dihulurkan kepada Izzue kembali apabila selesai diisi. Izzue
meneliti kertas itu.

“Sedap nama korang. Anis Sofea bt Amran. Nur Auni bt Azman. Erm, IC
pulak... hah? Korang lahir tahun 1999? Maknanya umur korang baru 14 lah
kan? Eh, jujur dengan abang,”Izzue rasa seperti mereka hanya bergurau
padanya padahal itulah kenyataannya.

“Abang, kami memang baru 14 tahun. Kami memang tinggi sebab keturunan.
Dan kami memang nak bagi tau abang semalam tapi abang asyik potong apa
yang kami nak cakap,”terang Auni. Anis hanya terdiam tidak tau apa yang
harus dia bicarakan.

“Ya Allah. Habis tu mak dan ayah korang tak marah ke? Diorang tau
tak?”soal Izzue.

“Mak ayah Anis pergi Indon. So, diorang tak tau tapi kakak semalam tau.
Auni cakap kat mak dia yang dia teman Anis pergi rumah sedara kat KL.
Mak dia bagilah. Tapi, itu semua Anis yang suruh,”Anis mengaku kesalahnnya.

“Sekarang ni macam mana? Korang budak lagi,”Izzue buntu.

“Abang, kami boleh buat kerja. Kami boleh masak, boleh jadi manager
abang sekali. Tapi, dalam dua minggu ajelah sebab kami kena sekolah. Tu
yang kami tanya Kak Awin pergi mana?”jelas Auni.

Izzue mengeluh. “Kak Awin pergi bercuti. Dia kata nak release tension.
Abang tak bagi tapi dia tetap pergi. Tu semalam abang badmood tu sebab
sekarang abang tengah sibuk untuk practise show lagi seminggu. Erm,betul
korang boleh buat kerja ni?”izzue mahu memastikan dulu jawapan mereka.

“Insya Allah kami boleh. Abang jangan risaulah. Serahkan aje semua kat
kami. Tak susah pun. Hanya perlu tau jadual abang kan?”tanya Anis pula.

“Ya, tapi kena uruskan semua tentang abang. Macam, gosok baju, basuh
baju, sidai baju, kemas rumah...”Kali ni Auni memotong percakapan Izzue.

“Boleh semua tu. Tapi macam pembantu rumah pula dah. Ni lebih lebih kan?
He he he, tapi tak apa. Kami ikhlas sementara Kak Awin cuti,”Auni dengan
rela hati setuju saja.

“Bagus, terima kasih. Anis, nanti abang bagi buku jadual abang. Kalau
lepas ni abang suruh catat aktiviti baru, Anis buat. Kalau abang kena
pergi mana mana pun cakap yek?”Anis menganggukkan kepalanya saja.

Mereka berdua tabit pada Izzue.

“Siap Bos. Ha ha ha,”tawa mereka bertiga kedengaran jelas di ruang tamu
itu.

Izzue menghela nafasnya, lega akhirnya masalah sekarang selesai. Nasib
baik hari ni dia tiada sebarang aktiviti. Bolehlah hari ni dia kenal
lebih lagi tentang Anis dan Auni yang setia meminati dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience