BAB 16

Drama Completed 447

*Seminggu Kemudian....*

**

Izzue membuka matanya. Pandangannya sedikit kabur. Dia menggosok matanya
itu. Jam di dinding dikerling sekejap. Sekarang sudah pukul sepuluh dua
puluh pagi. Dia tersenyum sendiri kerana hari ni, sabtu dan tepat jam
dua setengah petang dia akan membuat konsert.

Tapi, senyuman itu ditarik kembali memikirkan hubungannya dengan Ameer
yang masih belum baik. Dia mencapai bingkai gambar dia, Ameer, Ariz dan
juga Wan. Dia meletakkan kembali foto itu. Tanpa berlegah lagi dia terus
mencapai tuala lalu melangkah ke kamar mandi.

Selepas membersihkan dirinya, dia terus turun ke bawah untuk mengisi
perut yang kelaparan. Dari ruang tamu lagi sudah bau masakan yang enak.
Dia menoleh ke arah meja makan. Di situ jelas terhidang kuey teow lakna.
Lama dah tak makan makanan itu.

“Assalamualaikum abang. Lambatnya bangun...,”sapa Anis dengan memberi
salam sambil ditangannya memegang jag yang mengandungi milo. Izzue
menjawab salam Anis.

“Lena tidur? Pagi tadi solat subuh tak?”sampuk Auni pula.

“Lena sangat. Bangunlah, letih mana pun kena juga solatkan?”Izzue
meneguk milo yang baru dituang oleh Anis itu.

Anis dan Auni duduk untuk makan bersama Izzue dimeja makan itu untuk
mengisi perut juga. Anis mencedukkan kuey teow itu untuk Auni dan Izzue.
Mereka mengawalkan dengan membaca basmallah terlebih dulu. Selesai saja
makan, Auni menolong Anis menggosok baju Izzue untuk dipakai semasa
membuat persembahan.

Anis pula tolong mengemas rumah dan sebagainya. Nak rasa juga apa yang
selalu Auni buat seharian. Izzue hanya merelakskan dirinya dulu sebelum
konsert bermula nanti. Konsert yang khas untuk para peminat forteen itu
akan berlangsung selama tiga jam. Termasuklah pertandingan menyanyi yang
akan disertai oleh peminat forteen.

Izzue harus bergerak dari rumah sejam sebelum konsert bermula untuk
persiapan dirinya. Tepat pukul 1.30 petang Izzue memakai pakaian biasa
dulu. Baju kemeja yang telah digosok oleh Anis digantung pada penyangkut
dan disangkut di dalam kereta. Mahu bersiap di sana saja.

“Oklah, abang pergi dulu tau. Assalamualaikum,”Izzue melemparkan
senyuman indahnya itu.

“Waalaikumussalam. Bye,”serentak Anis dan Auni membalas.

“Abang, nanti jangan lupa ajak Abang Ameer, Abang Ariz dengan Abang Wan
datang malam ni yek? Kami masak special punya,”Pesan Auni sebelum Izzue
bergerak.

“Ok,bye,”Izzue melambai kecil.

Keretanya meninggal rumah itu. Tinggal Auni dan Anis sajalah di rumah
itu. Sekarang Anis dan Auni kena cari pada Encik Google resepi yang
mereka mahu masak malam ini. Harap haraplah menjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience