BAB 14

Drama Completed 444

Auni mengerling jam di dinding, pukul lima petang sekarang. Dia terus
meninggalkan Anis yang sudah lena selepas makan ubat tadi. Semasa dia
bangun tadi Anis baru saja masuk ke bilik untuk tidur juga. Auni menutup
kemas pintu biliknya. Dia menuruni tangga. Dia menghempaskan duduknya di
atas sofa empuk itu. Alat kawalan jauh dicapai. Dia menekan butang on.

Dia menekan siaran tv9 pada alat kawalan jauh itu. Ingatkan cerita apa
sangatlah yang dia mahu tonton. Rupanya hanya sekadar Spongebob
Squarepants. Geli benar hatinya apabila melihat gelagat Patrick di dalam
kartun itu. Sentiasa bendul.

Auni seperti mendengar bunyi enjin kereta Izzue di luar. Biar sajalah.
Izzue memasuki rumah itu dengan beg yang mengandungi baju melayunya yang
ditukar selepas solat jumaat. Izzue terus terduduk di anak tangga.
Kebetulan tengah iklan, Auni menghampiri Izzue.

“Abang nak air tak?”tanya Auni memulakan bicara.

Jelas dilihat di wajah Izzue seperti ada sesuatu tak kena. Kusut saja
wajah tampannya itu.

“Jangan kacau abang boleh tak. Diam aje,”sayu saja suara Izzue yang Auni
dengari.

“Apa, tak dengar...,”soal Auni bagi kepastian.

“Aku cakap diam, diam ajelah. Tak faham ke?!”Izzue sedikit meninggikan
suaranya.

Auni hanya kaku dek terkejut. Dia mahu berpatah balik ke sofa. Takut
Izzue tak fasal fasal mengamuk nanti kerananya. Langkahnya terberhenti
kerana Izzue yang menegurnya.

“Auni, sorry. Duduklah sini,”Izzue mengarahkan Auni duduk di tangga itu.
Tapi masih ada jarak di antara mereka. mana boleh kalau dekat dekat. Haram!

Auni duduk.

“Abang mintak maaf. Hari ni abang badmood sebab gaduh dengan Abang
Ameer. Tadi, masa tengah rehat tiba tiba dia cakap yang dia tak boleh
nak datang nantilah sebab dia malas. Lepas tu dia cakap dekat semua
forteenagers konsert ni batal. Penat penat berlatih macam tu aje batal.

Abang teruslah sound dia. Lepastu, kami gaduhlah. Sebenarnya pula, dia
tu bergurau aje. Tapi, dia marah dengan abang sebab abang dah cakap dia
macam macam tadi. Tulah sekarang, kami gaduh. Pening nak fikirkan semua
ni,”terang Izzue.

“Oh...,”Auni menggaru pipi kanannya yang terasa gatal itu.

“Erm, dah bagi Anis makan ubat?”tanya Izzue.

“Dah,”sepatah Auni membalas.

“Eh, ni dah kenapa ni? Abang tanya, jawab sepatah aje. Hurm, merajuklah
ni kan? Janganlah merajuk lagi. Dah, sekarang kita makan aiskrim
nak?”Izzue sudah perasan dari riak wajah Auni lagi.

“Kalau abang nak pergilah ambil sendiri dalam peti sejuk tu,”Auni hanya
memandang ke atas.

“Oh... taknak yek? Pergi ambil sekarang. Ini arahan tau. Dengar cakap
bos kalau nak jadi pekerja mithali. Cepat,”Auni memandang tajam Izzue.

“Ergh, yalah bos,”Auni mentabit pada Izzue dengan senyuman yang dibuat
buatnya.

Izzue terus pergi ke sofa. Auni memberi aiskrim cornetto perisa coklat
pada Izzue. dia pula mengambil perisa vanila. Suara tawa Auni kedengaran
apabila Izzue membuat lawak dengan berlakon menjadi patrick yang bendul.
Kelakar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience