Izzue memasuki kawasan rumahnya. Dia memberhentikan kereta apabila sudah
tiba di rumah teres dua tingkat miliknya itu.
“Dah sampai, boleh turun sekarang,”Izzue hairan kerana tidak ada respon
dari Auni dan Anis.
Dia menoleh ke belakang. Izzue menghela nafasnya apabila melihat dua
sahabat itu lena dibuai mimpi. Tapi, dia kena kejutkan juga. Takkanlah
nak suruh tidur dalam kereta. Mati nanti dua budak tu.
“Lepas solat maghrib tadi terus tidur agaknya diorang ni. Tak biasa
jalan jauh lah kot,”tebak Izzue.
Dia membuka pintu belah kanan.
“Anis, Auni.. bangun. Kita dah sampai. Auni, Anis.. bangunlah kita dah
sampai,” banyak kali sudah Izzue menggerakkan mereka tetapi hanya Auni
saja yang bangun.
“Abang, kita kat mana ni?” tanya Auni dalam mamainya.
“Kat rumah abanglah. Ni hah, tolong gerak Anis tu. Kita dah sampai,”Auni
menuruti arahan Izzue. Bukan kerana Izzue itu bosnya tetapi kerana tidak
sanggup melihat Anis tidur di dalam kereta.
Akhirnya, setelah lima minit Auni berjaya mengejutkan Anis. Mereka masuk
dengan lenggang saja. Segala beg sudah dibawa Izzue ke dalam dulu tadi.
Mereka terus menuju ke sofa.
“Abang Izzue mana?”Tanya Anis.
“Entahlah...,”Balas Auni sepatah.
“Hurm, bilik korang kat atas. Bertentangan dengan bilik abang. Abang dah
kemaskan bilik tu untuk korang. Dulu kawan abang duduk bilik tu tapi
sekarang dia dah ada rumah sendiri. Jomlah, abang tunjukkan korang
biliknya. Karang tersesat pula,”Mereka berdua mengikuti saja langkah Izzue.
Boleh tahan besar juga biliknya. Mereka melihat keadaan bilik itu. Hanya
ada sebuah almari, meja sederhana besar, sofa dan... tak ada katil di
situ. Hanya ada tilamnya saja yang sudah disarungkan cadar. Mereka
terima sajalah. Nasib baik ada bilik air sekali.
Pintu ditutup, mereka terus menghempaskan badan atas tilam itu. Boleh
tahan selesa juga. Anis mengunci jam untuk bangkit awal pagi esok untuk
solat isyak. Mereka terlalu mengantuk, takut solat karang terbatal
akibat tertidur dalam solat.
Share this novel