BAB 20

Drama Completed 444

Izzue terbangun dari tidurnya. Dia mengerling jam di dinding. Tujuh
sepuluh minit pagi. Dia menarik nafasnya. Dia membelek telefonnya itu
untuk melihat mesej yang baru diterimanya. Hampeh, dari Maxis saja rupanya.

“Ya Allah. Siapa pula yang aku mimpikan tadi tu. Jadi manager aku tak
tentu fasal. Tak logiklah. Peminat aku sendiri pula tu. Nama diorang apa
yek?”Izzue cuba mengingat kembali nama dua orang gadis yang dia mimpikan.

“An..Anis. Hah, Anis. lagi sorang Au...Aulia. tak, Aurora. Tak juga,
nama dia pendek macam Anis ni aje. Au...Auni. Hah, Anis dan Auni. kawan
baik satu kepala,” Izzue tersenyum dapat mengingat kembali nama Anis dan
Auni.

Dia terus mencapai komputer ribanya. Dia log masuk ke akaun twitternya.
Dia terus menekan butang interaction. Dia tersenyum lagi apabila
menjumpai akaun milik Auni dan Anis. Memang serupa dengan wajah yang
berada dalam mimpinya.

“Mimpi macam ni pun boleh jadi... kelakar,” Izzue meningalkan komputer
ribanya itu dan terus mencapai tuala.

Sebelum itu tadi, dia sempat tweet Auni dan Anis. dia menulis sesuatu
yang pernah dia cakap dalam mimpi itu pada Anis dan Auni. Iaitu
perkataan ‘Kita kawan’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience