BAB 10

Drama Completed 444

Auni menukar siaran tv yang bosan ditonton itu. Dia terus membelek
telefonnya apabila ada mesej yang masuk. Hampeh, ingat dari siapa tadi,
rupanya dari Maxis. Sungguh bosan betul malam ni. Langsung tak tahu mahu
buat apa. Anis yang dari dapur dengan dua mug yang berisi milo buatnya
dan Auni, terus menghampiri sahabatnya itu.

Anis menghulur mug itu kepada Auni. Auni mengambil lalu meneguk air itu.
Mug itu diletakkan di atas meja kopi. Dia kembali menonton cerita di tv.
Anis yang di sebelah hairan dengan Auni yang dari tadi membisu.
Selalunya dialah yang paling riuh nak mampus. Anis menyuit pinggang
Auni. Dia hanya buat tak tahu.

“Auni, asal kamu diam. Cakaplah sesuatu,”sapa Anis.

“Nak cakap apa?”Auni hanya menumpukan pandangannya pada kaca tv bukannya
pada Anis.

“Eh, kamu marah kat aku yek? Janganlah macam ni. ok, esok kamu ikutlah
sekali kita orang pergi practise. Abang Izzue tak marahlah kalau kamu
ikut. Ikut tau esok,”ajak Anis.

“Erm, boleh ke? Tak ganggu yek?”Auni masih ragu ragu mahu mengikut Anis
dan Izzue esok.

“Boleh,”sampuk Izzue.

Auni terus memaling ke arah lain. Malulah kalau Izzue tau yang dia
teringin nak ikut mereka. Macam tak tau malu pula. Auni menutup mukanya
dengan kusyen sofa. Izzue menarik kusyen itu dari Auni.

“Nak ikut cakap. Ingatkan tadi taknak tu fasal abang tinggalkan Auni.
Dah, jangan merajuk. Tak comellah,”malu Auni sebaik Izzue menyatakan hal
itu.

“Eh, Auni aje ke comel. Anis nak campak mana?”Anis memeluk tubuhnya.
Protes, merajuk.

“Alah, janganlah merajuk. Tak retilah nak pujuk. Okey fine, Anis pun
comel. Dua dua comel. Puas?”Izzue sudah pening mahu buat apa supaya dua
gadis itu tidak merajuk dengannya.

Izzue naik ke atas dan turun semula dengan gitarnya.

“Nah, ambik lagu ni. Khas untuk korang berdua,”Anis dan Auni
menyembunyikan senyuman masing masing.

“Indah harumnya bungaku, merah dikelopak madu, tanya hati siapa mahu,
bila cinta diam membisu, kau bunga yang penuh durinya, ku selalu memuja,
biarpun terluka diriku, namun bungaku tetap dihati selalu. Yeay, suka
tak? Happy balik tak”.

Auni dan Anis betul betul teruja kerana Izzue menyampaikan lagu tema
cerita Bunga Merah Punya untuk mereka. Izzue mendekati mereka tetapi
tidak terlalu dekat. Mereka mula menlemparkan senyuman. Terserlah lesung
pipit kecil milik Auni.

“Oh, takut kita orang merajuk yek? Kalau abang nyanyi untuk kami supaya
tak merajuk lagi... bolehlah kami merajuk hari hari. Mesti dapat dengar
suara abang yang sedap tu banyak kali. Kan Auni?”Auni hanya
menggangukkan kepalanya saja.

“Ha ha ha, tak seronoklah kalau merajuk setiap hari. Nanti habislah
suara abang hilang. Tak bolehlah forteenagers yang lain nak dengar suara
merdu abang ni,”Izzue menyandarkan gitarnya pada sofa.

“Uwekk, perasan sendirilah pula. Ha ha ha,”tawa Auni. Begitu juga Anis.

“Dah, dah... Anis, esok latihan pagi sampai tengah hari ajekan?”Anis
mencapai buku jadual Izzue. Dia membelek buku itu.

“Yes... kenapa? Tukar waktu ke?”tanya Anis.

“Taklah. Abang cadang esok lepas latihan nak bawa korang shopping sikit.
Perempuankan.. mestilah nak jalan jalan. Kan?”.

“Kita orang sebenarnya jarang sangat shopping. Lagipun tak tau nak
shopping apa. Tapi kalau abang dah ajak tu terima ajelah. Abang
belanjalah kan?”Anis mengusik Izzue.

“Boleh aje. Dah, pergi tidur cepat. Esok nak bangun susah pula kalau
tidur lambat lambat,”bebel Izzue.

“Ingat kita orang budak kecil ek? Erghh, dah besarlah. Ni baru makan
Calcium. Bak kata iklan dia, saya okey, saya dah besar. He he he,”kata
kata Auni membuatkan mereka ketawa kecil.

Izzue mengambil kusyen sofa dan menolak nolak Anis dan Auni dengan benda
itu.

“Dah besar sangatlah tu. Dah, tidur sekarang... kalau tak, batal
shopping esok,”Anis dan Auni terus lari meninggalkan Izzue.

Takkanlah mereka mahu menyiakan saja peluang untuk berjalan dengan
Izzue. Gila kau! Senang hati Izzue dapat bergurau dengan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience