BAB 15

Drama Completed 444

Anis memakai t-shirt berlengan panjang dan juga seluar trek untuk
berjoging. Izzue juga sudah siap seperti Anis tetapi dia memakai t-shirt
berlengan pendek. Kalau petang yang tidak terlalu panas dan tidak juga
terlalu mendung ini seronok jika dapat berjogging bagi menyihatkan
badan. Tak adalah encik encik lemak berkelah dalam badannya. Anis sempat
melangkah ke dapur untuk menelan beberapa teguk air kosong sebelum
berjoging. Izzue pula hanya menunggu Anis di ruang tamu.

“Auni, kamu tak ikut ke?”Anis menuju ke ruang tamu.

“Tak,”sepatah Auni membalas. Dia mengawal alat kawalan jauh di tangannya
itu.

“Ok, pemalas. Patutlah gemuk,”Anis mencubit peha Auni di sebelahnya.

Auni memandang Anis sekejap. “Boleh aje aku ikut tapi malam ni korang
pandai pandailah cari makan,”Auni menjeling sinis Anis pula.

“He he he, janganlah buat muka macam tu. Seram aku. Oklah, badan kamu ok
apa macam ni. Tak kurus, tak gemuk. Sesuailah sebab kamukan tinggi,”Anis
melangkah ke pintu mengikut Izzue.

Mereka mencapai kasut sukan dan terus menyarungkannya. Mereka menaiki
kereta untuk ke tempat yang lebih selesa berjoging. Biasanya ramai juga
yang berjoging di sana kata Izzue. sampai di taman itu, Izzue mencari
tempat yang sesuai untuk memparkir keretanya. Seperti yang dikata oleh
Izzue, memang ramai yang beriadah di situ.

Ada yang mencuri lihat pemandangan dan bersantai. Izzue dan Anis
memulakan larian anak mereka mengelilingi tempat itu. Ada juga orang
yang belajar di pondok yang terdapat di situ. Mungkin lebih fokus. Sudah
dua pusingan mereka kelilingi, mereka terus berhenti merehatkan kaki
sebentar.

Langit yang tadinya cerah bagai disuluh cahaya yang redup terus berubah
mendung apabila sudah tiba jam 6. 15. Anis dan Izzue berehat sebentar di
satu bangku di taman yang agak besar itu. Mereka mengambil udara bersih
di situ. Tercungap cungap akibat letih berjoging.

“Anis, nak lari lagi berapa pusingan ni?”tanya Izzue tercungap cungap.

“Dua lagi lah. lepas tu kita balik,”Anis membetulkan tudungnya yang
sedikit ke depan itu.

“Anis mesti dahagakan. Tunggu sini, abang nak ambil air mineral dalam
kereta sekejap. Tunggu ya,”Anis hanya mengganguk.

“Jangan lama sangat,”pesan Anis apabila melihat langit yang semakin
gelap. Mahu hujan kali.

Anis memeluk tubuhnya di situ. Dia mengerling pondok kecil yang hampir
saja dengannya. Anis rasa mungkin lebih baik dia berlindung di situ,
takutkan hujan turun membasahinya nanti. Sedang dia melangkah ke situ,
satu kilat yang disertai dengan guruh mengejutkan dirinya.

Anis terus melutut sambil menutup telinganya. Sememangnya dia tidak
boleh mendengar atau melihat benda sebegitu. Trauma dengan kejadian
beberapa tahun yang lalu menyebabkan dia menjadi begini. Anis kaku di
situ dan tangannya masih rapat di telinga.

Izzue tiba dengan dua botol air mineral di tangannya yang masih kemas di
dalam plastik. Dia pelik melihat ketiadaan Anis di situ. Anak matanya
berusaha mencari gadis yang bernama Anis itu. Terkejut dia melihat Anis
yang menitis air matanya sambil melutut di rumput. Dia menghampiri Anis
secepat mungkin.

“Anis. Ya Allah kenapa ni? Anis...,”Izzue menegur Anis. Tapi dirinya kaku.

Izzue membuka air mineral itu. Dia merenjiskan air itu pada wajah Anis.
Anis kaget sedikit.

“Abang, bawa Anis dari sini. Anis takut abang, Anis takut,”ronta Anis.

Izzue menyuruh Anis bangun dari situ. Dia menarik lengan Anis,
membawanya lari dari tempat itu. Izzue masih tidak tahu apa yang Anis
takutkan sehingga dia menangis bagai. Mereka terus masuk ke dalam
kereta. Izzue hanya menghidupkan enjinnya dan masih terdiam keretanya di
parkiran itu.

Izzue menghulurkan air mineral pada Anis supaya dia lebih tenang lepas
minum air itu. Anis mengesat air matanya yang menitis tadi. Air mineral
itu terus ditutup dan dipegangnya.

“Anis, kenapa tadi? Ada orang kacau ke?”tanya Izzue untuk mencari kepastian.

“Tak. Anis takut dengan kilat dan guruh. Masa Anis baru darjah lima,
Anis balik jalan kaki dari sekolah. Masa tu kilat menyambar nyambar.
Sampai kat rumah, rumah pula terkunci. Adik-beradik Anis yang pergi
tengok opah masa tu dengan mak. Ayah Anis pula kerja. Dan... macam nilah
Anis bila tengok kilat dan guruh,”Anis memeluk tubuhnya.

Mungkin kedinginan. Izzue mencapai jaketnya yang berada di tempat duduk
belakang. Dia menyarungkan jaket itu pada Anis. Anis masih terdiam. Dia
melentokkan kepalanya pada pintu kereta yang sudah terkunci itu. Tapi
dia tidak tidur.

Izzue meninggalkan tempat itu. Dia singgah di sebuah kedai untuk membeli
sesuatu. Anis hanya tunggu di dalam kereta. Izzue kembali dengan secawan
coklat panas di tangannya. Dia memberikan coklat panas itu pada Anis.
ucapan terima kasih yang disertai dengan senyuman kecil diberi pada
Izzue. mereka terus pulang balik ke rumah. Kasihan Auni keseorangan di
rumah itu. Lagipun, perut sudah lapar tahap gaban ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience