BAB 3

Drama Completed 447

Hannah dan Auni sudah tegak di depan pintu rumah Anis. Mereka
tersangatlah geram kerana sudah berpuluh kali memberi salam tetapi masih
tiada sahutan. Mana pergi Anis mereka pun tak tahu. Hannah yang
tingginya 152 mendongakkan kepalanya sedikit melihat Auni yang tingginya
pula 170 walaupun umur mereka sebaya.

Pasti Hannah terasa rendah diri. Bukannya rendah diri yang sikap baik
tetapi rendah diri kerana Auni dan Anis yang berbadan tinggi. Tinggi
Anis kurang sedikit dari tinggi Auni, 163.

“Anis pergi mana yek? Dari tadi tak keluar keluar,” rungut Hannah kecil.

“Entahlah, tapi dia dah biasa dah buat macam ni. Tengoklah, rumah dia ni
kan kembar dua. Besar,” Balas Auni. Dia membuatkan Hannah ketawa kecil.

Tiba tiba saja pintu dikuak dari dalam.

“Amboi, ngumpat aku tak ajak. Biasa dia ni,” Anis bernada garang ala ala
manja.

Hannah dan Auni ketawa. Menyampah betul dengan Anis yang suka tergedik
gedik. Tetapi sebenarnya dia biasa saja orangnya. Sengaja kadang kadang
tu dia menggedik hanya mahu membuatkan orang sekeliling ketawa dengan
perangainya itu. Anis menjemput Hannah dan Auni masuk. Dia terus membawa
mereka ke biliknya.

“Anis, mak ayah dengan adik adik kamu dah pergi ke?”tanya Auni kerana
melihat keadaan rumah yang sunyi lagikan sepi.

Anis mengganguk.

“Diorang pergi sejam tadi. Esok bertolaklah ke Indon. Tapi opah dengan
akak sedara aku ada kat sini. Diorang tengah layan mimpilah kot,”Anis
mencapai komputer ribanya itu. Mahu online lah, apa lagi.

Auni juga mengeluarkan komputer riba dari beg sandangnya. Turut mahu
melayari internet. Hannah pun ikut. Tetapi dia hanya menggunakan Galaxy
Mininya.

“Auni, kamu jadikan tidur sini teman aku,”terlintas pula dikepala Anis
mahu menanyakan hal itu.

“Jadi. Lagipun mak aku bukannya pergi mana mana pun cuti ni. Hannah,
kamu tak tidur sekali ke,”Auni membuatkan Hannah sedikit terkejut.

“Tak. Aku kena pergi rumah atuk aku kejap lagi. Aku tak lama tau kat
sini. Dalam pukul satu karang aku baliklah,”Hannah sambung membelek
telefon bimbitnya.

Anis dan Auni hanya mengganguk tanda faham.

Lagu Ella yang datang dari telefon bimbit Hannah berbunyi. Dia segera
menjawab panggilan itu. Anis dan Auni hanya curi curi dengar. Sebaik
Hannah menutup telefon dia terus bankit dari duduknya.

“Weh, aku kena baliklah. Ayah aku suruh bertolak sekarang. Dia dah
tunggu depan rumah kamu ni. Oklah, aku pergi dulu. Bye,”Hannah segera
meninggalkan mereka.

Dia berlari. Baru saja Anis mahu menemankannya sampai pintu. Tapi,
Hannah sememangnya sudah biasa dengan rumah Anis. Biarlah dia! Anis
terus mencapai komputer ribanya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience