Solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Izzue baru bermula. Dia yang
mengimamkan lima orang jemaah itu sungguh kelihatan khusyuk. Selesai
saja memberi salam dia terus menadah tangan memohon doa. Usai berdoa,
mereka yang lain hanya mengaminkan doa yang dibaca oleh Izzue. Segak
betul Izzue, Ameer, Ariz dan Wan apabila berpakaian t- shirt dengan kain
pelekat. Kalau pakai baju Melayu lagi segak.
Anis dan Auni beransur ke bilik mereka sekejap untuk menanggalkan
telekung dan digantikan dengan tudung. Ahli Forteen yang lain sudah
turun ke ruang tamu berborak kosong sambil menonton tv. Auni dan Anis
pula lambat sedikit. Mereka terus pergi ke dapur untuk menyediakan
makanan yang sudah dimasak oleh mereka.
Semua makanan sudah tersedia, sekarang hanya perlu bancuh air saja. Anis
yang terasa malas mahu buat air terus pergi melepak bersama yang lain.
Auni sempat menyuruh Anis supaya menyuruh Ameer datang ke dapur. Ameer
hanya menuruti saja apa yang disuruh oleh Anis. Dia menghampiri Auni
yang sedang membancuh air itu.
“Auni, kenapa panggil abang?”sapa Ameer.
“Erm, abang dengar dulu yek apa yang Auni cakap ni. jangan terus marah
tau. Kalau lepas Auni habis cakap abang nak marah terserahlah.
Sebenarnya, abang Izzue tak berniat pun nak marah abang hari tu. Semua
orang mesti naik angin bila apa yang kita penat berlatih batal macam tu
aje. Abang Izzue sebenarnya dah lama nak minta maaf tapi abang aje yang
selalu lari daripada dia.
Dan... kalau abang nak tau, Abang Izzue monyok aje kat rumah bila tengok
gambar korang berempat. Erm, abang bolehkan maafkan dia?”lembut
percakapan Auni memujuk Ameer agar memaafkan Izzue.
“Abang pun salah juga. Tapi, abang tak tahu macam mana nak minta maaf
dengan dia? Kami tak pernah gaduh pun sebelum ni,”luah Ameer.
Auni tersenyum apabila mendapat idea. Dia menyuruh Ameer agar tunggu
sekejap di dapur itu. Beberapa saat kemudian, Auni kembali di dapur tapi
kali ni sekali dengan Izzue. Ameer menundukkan kepalanya apabila melihat
Izzue. Izzue juga memandang ke arah lain. Auni menyuruh agar Izzue rapat
sedikit dengan Ameer.
“Abang Izzue, Abang Ameer nak minta maaf dengan abang. Abang Ameer,
Abang Izzue pun nak minta maaf juga. Korang terimalah maaf tu yek?
Salamlah,”Izzue dan Ameer tersenyum. Mereka terus bersalaman.
Auni semakin tersenyum apabila mereka berpeluk sekejap. Pelukan itu
terlerai. Air mata Ameer dan Izzue keluar sedikit tanpa perasan. Auni
juga seperti mahu menangis melihat sahabat itu.
“Dahlah, tolong bawak air dengan nasi ni,”arah Auni dan terus mengesat
air matanya yang mahu jatuh.
Ameer membawa jug air dan Izzue pula membawa nasi ke meja makan. Anis
yang asyik bergelak sakan dengan Ariz dan Wan tidak sedar namanya
dipanggil. Auni berjalan ke arahnya. Sampai di sebelah Anis, dia
menjerit sedikit memanggil nama sahabatnya itu. Anis terkejut. Hampir
luruh jantungnya. Ariz dan Wan yang melihat mereka berdua itu hanya
mampu ketawa.
“Sakitlah telinga aku,”Anis menggosok telinganya.
“Tau pun sakit... aku lagi sakit hati. He he he, tak adalah. Jomlah
makan, dah lapar ni,”Auni turut menggosok telinga Anis.
“Makan aje tau. Patutlah gemuk,”luah Anis bergurau.
“Yang gemuknya aku. Kisah ke? Err, ha ha ha,”gurau Auni juga.
Mereka berempat yang lain hanya mampu ketawa dan tersenyum kecil melihat
gurauan Anis dan Auni itu. Terasa lebih lapar lagi mereka semua apabila
melihat lauk yang terhidang. Ada ayam masak hitam, sup ayam, ikan masak
merah dan sayur campur. Kira okeylah budak 14 tahun seperti mereka boleh
masak sebegitu sekali. Mereka sama sama menikmati makanan itu.
“Esok korang dah nak balik ke?”tanya Ariz.
“Ya, semua ikut sekalikan?”Semua ahli forteen mengiakan saja.
“Asal awal sangat. Esok baru sabtu. Ahadlah balik,”sampuk Wan pula.
“Mana boleh, kasut tak basuh, baju tak gosok. Macam macam kena buat.
Nanti takut letih pula,”balas Anis lagi. Dia tersedak sedikit lalu terus
meneguk air anggur ais.
“Erm, sedap air ni. Pandai kau buat Auni,”puji Anis. Sempat lagi dia
puji dalam tengah tesedak tadi.
Mereka semua hanya tergelak saja dengan perangai Anis yang suka buat
orang ketawa.
“Erm, korang semua tidur sini kan malam ni?”celah Auni.
“Ya, diorang tidur sini. Esok pagi lepas sarapan terus bertolak pegi KK
lah. erm, korang bertiga.. tidur bawah yek. Nanti aku bagi selimut aje.
Kusyen sofa tu jadikan bantal kalau nak jadikan sofa tu katil pun boleh.
Kalau tak selesa tidur bawah,”bebel Izzue panjang lebar.
Ameer, Ariz dan Wan sudah berubah riak wajah mereka. hampeh punya kawan
suruh pakai kusyen aje jadi bantal. Tak apalah, dah tumpang tu buat
macam tumpang ajelah.
“Eh, kalau korang nak bantal, kat bilik kita orang ada empat. Kita orang
pakai satu bantal sorang aje. Dua tu nanti kita orang bagi. Satu lagi,
mimpi abang Izzue lah. kat bilik dia ada tiga bantal. Eh, tak. Ada
empat... termasuk bantal busuk. Ha ha ha, kan Auni,”Auni mengganguk.
Izzue sudah membuat isyarat supaya Anis tidak memberi bantal kepada
mereka. tergelak mereka semua apabila Izzue sudah kantoi tidur dengan
bantal busuknya itu.
“Mana boleh. Semua abang guna yek. Satu, bantal kepala. Bantal busuk tu
untuk peluk. Dua bantal lagi jadi penghadang kiri, kanan,”jelas Izzue.
“Eh, kau ingat kau tu bayi ke? Nak hadang segala? Ha ha ha,”ketawa Ameer
disusuli dengan tawa yang lain.
Malam ini memang malam terakhir yang paling baik bagi Anis dan Auni.
dapat juga terhibur dengan empat sekawan yang gila gila otaknya.
Share this novel