BAB 5

Drama Completed 447

Jam tepat menunjukkan pukul 5. 30 petang. Anis dan Auni sudah berada di
luar rumah. Fara menyusuli langkah mereka ke luar sekarang. Dia memberi
Anis satu beg yang terkandung di dalamnya telekung.

“Nah, Anis terlupa ni. Anis, Auni... kamu berdua pasti ke nak pergi
sana? Kamu yakin ke dia tu Izzue yang korang gilakan tu?”Fara masih
bimbang dengan mereka berdua. Rasa susah mahu memberi keizinan.

“Kak... ini aje peluang Anis nak jumpa dia. Nanti, kita orang kat sana
takkan lupa inform akak kalau ada apa apa. Akak jaga opah tau,”pesan
Anis kepada Fara agar tidak merisaukannya.

Fara mengeluh. Kasihan juga melihat memek muka Auni dan Anis yang
seperti tidak sabar sabar untuk berjumpa Izzue. Takkanlah dia nak
hancurkan senyuman yang sudah mereka ukirkan. Dia tidak sanggup.
Terpaksalah ikutkan kata dua budak itu.

Kereta perdana bewarna hitam berhenti di hadapan rumah Anis. Dia juga
sempat membunyikan honnya. Mereka bertiga serentak berpaling pada kereta
itu. Beberapa saat selepas itu, pemilik kereta itu pun keluar
menunjukkan dirinya. hampir tejerit Anis dan Auni dibuatnya melihat
pemilik kereta itu adalah Izzue Islam. Fara juga mahu berbuat begitu
kalau boleh.

“Betul ke ni rumah Anis, cik manager tu,”tanya Izzue memastikan alamat
yang dicarinya beul.

“Ya, sayalah Anis tu. Ni Auni, kawan saya. Dia boleh ikutkan. Tapi...
dia pandai masak sikit sikit aje. Tak apa ke?”jelas Anis.

“Tak apa. Dah, ini aje kan beg korang. Pergi masuk kereta cepat,”Anis
mengangguk. Izzue membawa beg mereka ke dalam bonet belakang.

Mereka sempat melambai Fara. Fara turut berbuat begitu.

Anis dan Auni masing masing duduk di tempat duduk belakang. Segan pula
mahu duduk di sebelah Izzue.

“Abang, kami sebenarnya baru ting...,”percakapan Auni dipotong oleh Izzue.

“Kamu apa? Dah, saya taknak kamu cakap apa apa lagi. Saya tengah memandu
ni. Penat tau tak datang Kuala Kangsar dari KL,”ujar Izzue.

“Abang, Kak Awin tak kerja dengan abang ke?”soal Anis pula

“Korang boleh diam tak. Dia cuti dan jangan cakap fasal dia lagi
sekarang. Dah, zip aje mulut tu. Cabai karang baru tau,”Anis dan Auni
seperti mahu gelak saja dengan Izzue yang mahu marah tapi tidak jadi.

Tapi mereka mengikut saja arahan Izzue. Mulai sekarang Izzuelah yang
menjadi bos mereka. Mereka berdua terus tertidur apabila sudah sejam
dalam perjalanan. Anis melentokkan kepalanya pada bahu Auni. Auni pula
melentokkan kepalanya pada kepala Anis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience