BAB 2

Drama Completed 447

Anis menggeliat, lega betul tidur malam tadi. Mimpi pun seronok saja.
Anis melihat komputer ribanya yang masih ternganga tetapi skrin sudap
gelap habis. Anis menampar dahinya teringat yang semalam dia terlupa
mahu menutupnya. Habis bateri sudah. Dia memandang pula adiknya di
sebelah, Safura.

“Hmm, pemalas betul dia ni. Bangun lambat, pergi sekolah karang
terhengeh hengeh,” bebel Anis pada Safura yang masih lena dibuai mimpi.

Anis mencapai tualanya. Jam di dinding sempat dikerling dan menunjukkan
pukul 6.20 pagi. Aduh, dah lambat! Anis segera mempercepatkan langkahnya
ke bilik air yang tidak jauh dari katilnya. Dia sudah berjanji dengan
Hannah mahu pergi ke sekolah bersama sama. Tepat 6. 50, dia dah tegak
depan pintu. Itulah janji Anis pada Hannah semalam.

Selesai solat subuh, Anis terus menyarungkan tudung sekolahnya. Lagi 3
minit saja mahu 6. 50. Nasib baik jarak rumahnya dan Hannah tidak berapa
jauh. Laju langkahnya menuruni tangga. Dia mula terasa pelik apabila
melihat dua bagasi di ruang tamu. Dia menuju ke dapur untuk mengalas
perut dahulu. Dapat teguk segelas susu pun jadilah.

Dia bertambah aneh dek melihat ayah dan maknya masih di meja makan
dengan pakaian biasa. Tak pergi kerja ke hari ini. Anis mendekati mereka
dengan kehairanan. Sebelum itu, susu dutch lady diteguk habis satu gelas.

“Mak, ayah... kenapa tak siap pergi sekolah? Tak mengajar ke hari ni.
Erm, ni mesti sebab ayah ada meeting kat Ipoh lagi. Mak pula... nak jaga
Aimi ke?” Anis mengelap susu yang comot di bibirnya.

“Kamu ni kenapa tiba tiba pakai baju sekolah. Hari ni kan cuti,” Encik
Amran membelek surat khabar hari ini.

Baru saja Anis mahu bertanya. Pertanyaan itu tidak jadi dikeluarkan
apabila mata Anis memandang ke arah tajuk utama surat khabar pagi itu.

“Ayah, bagi sekejap.... Hah? Pelajar Gembira Dapat Cuti Selama Dua
Minggu. Apa ni? cuti apa? Bukan kita baru habis cuti ke hari tu. Eh,
peliklah.” Anis menghempaskan duduk di sebelah maknya, Puan Suhaila.

“Ya, cuti bagi semua pelajar sekolah. Ini semua demi kebaikan juga.
Supaya kamu semua tenangkan fikiran. Jangan banyak stress. Ni hah, lagi
satu ayah nak cakap yang kami semua nak bercuti di Indonesia. Ayah dapat
lima tiket free ke sana. Hari tu kan ayah ada masuk contest ni, dan tak
sangka ayah menang,” ujar Encik Amran.

Anis sudah tersenyum lebar. Tetapi senyuman itu ditarik kembali.

“Sekejap, lima aje? Mana cukup... keluarga kita ada tujuh. Oh, Pura
dengan Aimi tak ikut kan,” Agak Anis.

Encik Amran menggeleng gelengkan kepalanya.

“Pura dengan Aimi kecik lagi. Kamu dengan Alonglah tinggal. Along ikut
rombongan sekolah dia. Ayah nak kamu duduk dengan opah dan Kak Fara.
Lagipun, bukan kamu tu tak suka orang sana ke? Dah, kemas kemaskan bilik
untuk opah. Kak Fara kalau duduk sebilik dengan kamu pun tak apa. Lepas
tu, gerak Pura sampai dia bangun,” Encik Amran membuatkan memek muka
Anis berubah.

Dari gembira menjadi sedih. Dari sedih seperti mahu merajuk. Dia
meninggalkan ayah dan maknya dan terus menuju ke bilik. Pintu dihempas
kuat sehinggakan Safura yang lena tidurnya terus terbangun. Air matanya
menitis perlahan. Tetapi dia sembunyikannya dari Safura. Dia menyuruh
adiknya itu untuk bersiap. Adiknya akur. Anis menarik nafas panjang.

Mungkin dia harus terima semua ini. Senang, ajak Auni sahabatnya itu
lepak bersamanya. Sekurang kurangnya hilanglah bosannya nanti. Ataupun,
ajak Hannah sekali. Hannah memang kelakar sikit orangnya. Semua orang
suka berkawan dengan gadis 14 tahun yang amat menggilai hoki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience