BAB 8

Drama Completed 444

“Abang, cepatlah. Dah lambat ni! Abang!”Anis mengetuk banyak kali pintu
kamar Izzue.

“Sekejaplah. Lagi sikit aje ni...,”teriak Izzue sedikit.

Sementara itu Anis membelek buku yang terkandung jadual Izzue. Pagi ini
Izzue kena practise untuk persembahannya di konsert untuk para peminat
minggu depan. Anis tersenyum lebar sudah. Mesti dia dapat jumpa ahli
Forteen yang lain.

Anis sedikit terkejut dek Izzue yang tiba tiba membuka pintu. Anis
menahan tawanya melihat Izzue. Izzue aneh dengan Anis yang tiba tiba
mengertawakannya.

“Kenapa?”tanya Izzue kebingungan.

“Abang, baju terbaliklah. Ha ha ha,”tawa Anis. geli benar hati dia.

Izzue masuk kembali ke dalam bilik. Dua minit lepas itu dia keluar
balik. Nasib baik kali ni dia keluar dengan pakaian yang kemas. Cepat
cepat mereka mengatur langkah ke bawah. Auni hanya membontoti mereka
berdua ke pintu. Auni tidak ikut sekali kerana hari ni tugas dia hanya
di rumah. Kerana yang menjadi pengurus Izzue ialah Anis.

Auni hanya menjadi tukang masak dan yang seumpama dengannya. Dia
melambai lambai Izzue dan Anis. Pintu dikunci seperti yang dipesan oleh
Izzue. Auni menuju ke belakang bagi mencari penyapu dan mop.

Usai menyapu, dia mengemop lantai pula. Kain dilembapkan lalu diam
mengelap cermin tingkap rumah yang berhabuk agar bersih. Kusyen sofa
yang bertaburan dibetulkan. Selesai kerja di bawah, dia terus naik ke
atas. Lantai biliknya dan Izzue dimop juga. katil Izzue yang bersepah
dengan baju kotor dikutip masuk ke dalam bakul.

Selepas Auni mengemas habis bilik Izzue dia masuk ke bilinya pula untuk
mengutip pakaian kotor. Dibawanya ke bawah dan memasukkan semua pakaian
itu ke dalam mesin basuh. Sementara menunggu pakaian itu habis dibasuh
Auni membuat latihan yang cikgu beri.

Selesai kain disidai Auni menonton pula kaca tv yang sedang manayangkan
sinetron. Huh, bosannya. Auni mebaringkan dirinya di sofa dek terasa
mengantuk. Akhirnya dia tertidur tanpa menutup tv. Tudung dikepala masih
kemas dipakai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience