BAB 19

Drama Completed 447

“........tidak!”jerit Anis kuat terus dia terbangun dari lena tidurnya.

Adiknya, Safura yang sudah lengkap dengan baju sekolah. Dia menggosok
gosok mukanya itu yang masih memakai telekung.

“Apalah Kak Nyah ni. Malam semalam online sampai lupa baca doa sebelum
tidur. Laptop pun biar terbuka. Membazir bateri aje. Dah, mandi cepat.
Karang pergi sekolah terhengeh hengeh. Kak Hannah dah tunggu kat bawah
tu,”bebel adik pada kakak. Tak patut betul!

“Mimpi aje ke. Apa apa pun kena bagitau Auni ni,”Anis mencapai tualanya.
Terus masuk ke dalam kamar mandi. Sebelum itu dia sempat menanggalkan
telekungnya.

Tiba saja dia di sekolah, dia meletakkan basikal di tempat sepatutnya.
Dia berlari kecil meninggalkan Hannah di belakang. Anis pantas menuju ke
blok kelasnya di tingkat tiga iaitu tingkat atas sekali yang berada di
belakang kantin. Laju dia menaiki tangga sambil membawa fail di
tangannya. Sampai dia tangga akhir sekali, dia menarik nafas mengambil
udara. Kepenatan. Terus dia berlari semula ke kelas yang tak jauh dari
tangga itu.

Di dalam kelas itu, Auni duduk di sebelahnya saja. Auni yang khusyuk
membaca buku matematik terkejut kerana Anis yang buru-buru meletakkan
beg dan failnya. Auni membetulkan lipatan tudungnya yang terbuka tadi.

“Auni, aku mimpi...aku mimpi... huh, kejap. Penat,” luah Anis tidak habis.

“Kau mimpi apa? Aku pun nak cakap fasal mimpi aku semalam. Kau cerita
dululah,” Auni meletakkan buku teksnya di atas meja.

“Aku mimpi Izzuelah! Ok, semalam aku online sekejap lepas solat isyak.
Lepas tu aku terus tidur tanpa tutup laptop tu. Bila aku bangun, ni kira
dalam mimpilah tau. Bila aku bangun tu, keadaan masih sama. Aku siaplah
nak pergi sekolah tapi cuti dua minggu. Aku dah peliklahkan. Lepastu,
kau datang rumah teman aku sebab semua family aku pergi melancong.

Tiba tiba Izzue tweet suruh bagi nombor phone dan dia jadikan aku
manager dan kau pula tukang masak dan lain lain kat rumah dia. Kita
jumpa semua Ahli Forteen yang lain dan Kak Awin. Kita kat sana kira dua
minggulah. Waktu nak balik tu, mak kita serentak telefon. Lepastu aku
menjerit dan terus terbangun. Rupanya itu semua mimpi aje. Kalau betul,
dah lama aku menjerit gila gila. Kau pula?” Auni hanya ternganga sambil
membuat muka peliknya.

“Kejap, kau mimpi benda tu?” Anis menggaguk.

“Ha ha ha. Kalau kau nak tau, benda tu jugalah aku mimpi. Dalam tu kau
demam dengan... kau nangis masa ada kilat waktu joging dengan Izzue
kan?” Anis mengangguk lagi.

“Gilalah. Ya Allah, tak sangka betullah. Tapi, kalau dapat jumpa dia
betul betul seronok gila. Apa apa pun....,” Anis berhenti sekejap
percakapannya.

“Mimpi pun jadilah!” serentak mereka menjerit seronok.

Hannah tercungap-cungap tiba di pintu kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience