BAB 1

Drama Completed 444

Anis Sofea membelek Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia hasil nukilan Zura
Asyfar untuk ke dua puluh kali, mungkin. Atau lebih. Sememangnya novel
itu tidak pernah bosan dibacanya biar berpuluh kali sudah mengkhatam.
Entah kenapa dia merasa novel itu sangat seronok dibaca berulang kali
biarpun tebal buku itu sama dengan tiga kali ganda buku teks sekolah.

“Ah, tak sabarnya nak tunggu cerita ni episode 2 minggu depan. Yang lain
tak penting, asal ada Izzue pun okey!” inilah sebabnya dia sering
membaca novel itu berulang kali.

Novel itu benar benar mengingatkan dirinya pada artis kesayangannya itu,
Izzue Islam yang semakin digilai gadis di Malaysia ini. Boleh jadi juga
para mak meminati dirinya.

Anis mencapai komputer riba jenama Toshiba itu. Dia mengerengkan bantal
sedikit untuk disandarnya. Komputer itu dihidupkan lalu dibukanya Google
Chrome. Dia menaip pada Encik Google, Twitter. Malam malam begini kalau
dapat ber ‘tweet’ dengan sahabat baiknya, Auni seronok juga.

Dia mengeluh kecil dek melihat sahabatnya itu tidak online. Tetapi
beberapa saat selepas itu dia kembali ceria apabila melihat artis
kesayangannya itu sedang membalas segala tweet dari peminat. Anis
menjerit kecil yang hanya dia seorang saja yang mendengar. Kalau terlalu
kuat, takut mak dan ayahnya membebel di malam hari pula. Anis cuba
menaip tweet pertamanya malam ini. Khas buat Izzue. Dia menaip ‘ Hai
abang, tak sabar nak tunggu episode 2 SSID. Hehehe’. Dia menerbitkan
tweet itu.

Sambil berharap Izzue Islam membalas tweet itu, tiba tiba tangannya
gatal mahu pergi pada setting twitternya. Dia menukar nama twitternya.
Sebelum ini dia menggunakan nama Sofea, kali ini dia menukarnya kepada
Cik Manager. Sememangnya dia sudah berjanji dengan Auni mahu bertukar
antara mereka nama di twitter itu.

Auni yang menggunakan nama Cik Manager sebelum ini kerana secara tak
sengaja, dengan senang hati dia mahu menjadi pengurus kepada Anis.
Itulah yang selalu dilakukan oleh Anis dan Auni jika bosan di dalam
kelas. Kalau tak pun, mereka akan bercakap tentang Izzue Islam. Memang
dasar kawan baik, satu kepala!

Anis bagai mahu meroyan apabila melihat Izzue membalas tweetnya. Kali
ini dia menjerit sedikit kuat. Bukan terlebih kuat, karang tak fasal
fasal adiknya di sebelah terlompat dari katil. Bahaya! Cukuplah sekali
dibalas oleh Izzue, mana boleh tamak. Orang tamak selalu rugi. Akan
tetapi, kalau ikutkan hati, nak saja dia mambalas tweet itu. Jam sudah
menunjukkan pukul 11 malam tepat.

Baik dia tidur sekarang. Esok sudah mahu bangun awal untuk pergi
sekolah. Ah, malasnya! Rungut Anis. Nasib baik dia sudah solat isyak
awal waktu tadi. Sekarang pun dia masih dengan telekungnya. Dan sekarang
dia hanya perlu menutupkan matanya yang sudah sepet seperti anak cina itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience