Completed
22343
“Arghhhhh!!!!! Sial Ambarato. Ternyata Elf itu membentuk lapisan pelindung yang sangat tebal di kawasan hutan larangan” jerit seseorang yang baru sahaja di tolak keluar oleh cahaya ungu yang datangnya dari arah hutan larangan.
Dia adalah Wolfie, moyang Arkan yang di kabarkan meninggal sebelum ini ternyata hanyalah wayang semata-mata. di sampingnya terlihat Seina dan abangnya King Arduc juga ada bersama
“Ternyata Aslan sudah pulih kini mereka bersembunyi di dalam hutan tak guna ni” beritahu Wolfie pada rakan sekutunya.
Seina menyeringai mengeluarkan siungnya “macamana Aslan boleh sembuh sedangkan aku sendiri yag bagi dia minum air dari telaga sihir kaum kami” ucapnya tidak puas hati.
“Seina, jangan lupakan Aslan adalah keturunan raja Ambarato dan anaknya ternyata Insan terpilih seperti yang kita ramalkan sebelum ini. kuasa yang di miliki oleh insan terpilih ini melampaui imajinasi kita semua. Dia mampu membunuh, mampu juga menghidupkan juga memulihkan di tambah lagi dengan takdir ibunya yang di angkat menjadi gadis suci.” Beritahu Arduc pada adiknya yang sering sekali bertindak terburu-buru.
“Betul, gadis suci adalah nadi yang sebenarnya bagi hutan ini. bila dia mulai peduli dan menjaga hutan ini maka jantung dari lautan biru akan berdegup semula dan hutan itu akan bernyawa semula dan akan sukar untuk kita mendapatkan jantung induk kita yang di penjara di sana dan sampai sekarang masih belum tahu di mana letaknya” Wolfie mencelah dan meringis menahan sakit akibat menerjah masuk ke hutan larangan tadi dan badannya penuh luka oleh lapiasn ungu yang menolaknya keluar dari kawasan hutan Pine
“kalau macam tu. Sasaran kita sekarang adalah isteri Aslan dan kita harus membuatnya mengikut jejak Queen Nimlot sebelum semuanya menjadi terlambat” usul Seina dan di anggukkan oleh Wolfie dan abangnya Arduc
Setelah itu, ketiga makhluk itu memilih pergi kerana merasa kan ada pergerakan di sekitar mereka dan menyusun semula rancangan mereka yang ingin menerjah masuk hutan larangan secara brutal dan beramai-ramai untuk melakukan pembantaian sekali lagi.
***
Sekembalinya mereka ke mansion. Abi meminta diri untuk bermain bersama Indis dan anak Elf yang lain sementara Aslan menanti kepulangan Aswin untuk mendengar laporan dari tangan kanannya itu.
Aira yang duduk termenung di ruang tamu dapat merasakan ada satu tiupan lembut menerpa wajahnya. Sejuk dan membuatnya tenang
“Aira…kemarilah…..”
Terdengar suara yang sangat lembut memanggilnya dan Aira yang masih dalam keadaan sedar mengikuti kemana kakinya melangkah dan tiada siapa yang menyedari wanita itu pergi dari Mansion mereka termasuk suaminya Aslan dan juga ke empat pari-pari penjaga.
Bayu lembut itu seolah menuntun Aira menuju ke laut biru di belakang hutan Pine di mana Abi membawa mereka tadi.
“Kenapa aku ke sini” gumam Aira hairan dan melihat sekeliling ternyata tidak ada orang.
“Ikuti langkahmu”
Suara itu terdengar lagi dan Aira memberanikan diri menghampiri bibir pantai yang memiliki pasir yang begitu putih. Sekali lagi Aira melangkah dan kali ini air laut seolah memberi laluan kepada Aira dan mulai terbuka sedikit demi sedikit
“Mummy!!!! jangan masuk laut!!” pekik Abi yang tiba-tiba berada di sana
Aira berpaling ternyata Abi kini di belakangnya “sayang…Abi kenapa ada kat sini?” tanya Aira bingung
“Abi yang harus tanya mummy. kenapa mummy nak bunuh diri dan masuk ke dalam laut tu. Mummy tau tak laut itu hidup mummy. laut itu bernafas dan sampai sekarang Abi masih fikir cara macamana nak kawal laut ni.” anak kecil itu memeluk ibunya dangan erat. Ternyata Abi salah faham mengira mummynya ingin membunuh diri padahal bukan itu yang mummynya ingin lakukan
“daddy!!!!!!!”
“Abi.. jangan panggil daddy sayang”
Tapi terlambat malah Aslan sudah terpacak di depan mereka dengan wajah pucat dan cemasnya
“Abi.. kenapa ni?’ tanya Aslan pada anaknya yang mulai menitiskan air mata. seperti biasa hutan itu akan mengikuti mood Abi dan salji mulai turun.
“Abi… dah jangan menangis okey.. biar mummy jelaskan dulu. Abi salah faham” Aira memujuk anaknya dan berusaha menghentikan tangis Abi yang akan mempengaruhi seluruh hutan larangan itu nantinya.
“Daddy, Abi lihat mummy nak bunuh diri. Tadi mummy ingin masuk ke dalam laut” beritahu Abi yang masih lagi memeluk mummynya dengan erat.
“Apa!! Sayang?” Aslan tidak dapat berkata-kata dan jantungnya hampir sahaja keluar mendengar isterinya ingin membunuh diri.
“Abang,… please.”
“Sayang, salah abang dengan Abi apa sayang? kenapa sayang sampai nak bunuh diri?” tanya Aslan bertubi-tubi.
Aira menarik nafas dalam “Diam! Abi diam, daddy juga diam!” bentak Aira
Keduanya menurut perintah dan kembali terdiam dan mematung,
“Abang.. Aira bukan nak bunuh diri. Sekarang Abi dengan daddy tengok ni baik-baik”pinta Aira dan wanta itu mulai melangkah kembali ke bibir pantai
Aslan terkejut di saat isterinya melangkah masuk lebih jauh lagi ternyata laut itu memberi laluan untuk isterinya
“Abang dengan Abi cuba ikut belakang” pinta Aira yang semakin penasaran dengan apa yang ada di depan nanti.
“Mum..are you sure..?” tanya Abi sedikit ragu.
Aira mengangguk cepat “mummy yakin di dalam tersimpan rahsia lain yang belum kita ketahui. Sekarang kita bertiga pergi bersama. Kalau mati juga kita bersama kan?”
Aslan mengangguk dan mengikuti langkah isterinya. Kini tiga beranak itu semakin jauh ke dasar lautan dan akhirnya mereka tiba di sebatang pokok besar yang terlihat sudah tua dan rantingnya banyak yang sudah patah.
“kenapa dalam laut ada pokok?” tanya Aira bingung dan lebih membingungkan pokok itu berada di dasar laut kenapa boleh jadi kering dan hampir sahaja mati
Terima kasih buat yang sudi baca karya syaa yg satu ni..hehe first time menulis fantasy harap tidak mengecewakan ya..hahaha happy reading alls..
Share this novel